Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 15, 2014

Sekiranya Pakatan berpecah: Siapa Yang Rugi Besar?

PKR rugi besar, PAS rugi besar
Tetapi hakikatnya yang rugi yang amat besar adalah rakyat yang mengundi PR.
Dan harapan rakyat/pengundi akan musnah!

PKR rugi besar sekiranya Pakatan berpecah
Hazlan Zakaria08:30PM Dis 14 2014

ANALISA: Sekiranya pembangkang di peringkat persekutuan Pakatan Rakyat berpecah dengan menurut jejak Barisan Alternatif, PKR dilihat bakal rugi besar berbanding DAP dan PAS.
Ini kerana DAP dilihat telah banyak meraih untung daripada kerjasama yang terbentuk manakala PAS tidak meraih apa-apa, baik untung atau sebaliknya.
Keretakan di dalam Pakatan dilihat telah lama berlaku dengan krisis MB Selangor mengeruhkan lagi keadaan. Ia secara rasmi telah membawa kepada kenyataan dari pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pada 8 Disember bahawa Pakatan telah agak lama menyepi.
Lim menjelaskan tiada mesyuarat dijalankan di antara pucuk pimpinan gabungan tersebut selama hampir enam bulan. Sambil itu beliau juga mengeluh kerana kerangka dasar kerjasama Pakatan dilihat tidak wujud lagi.
Pendek kata, Lim berkata bahawa perjalanan enam tahun gabungan tersebut bakal tamat dengan kemelut yang melanda hubungan PKR, DAP dan PAS. Pada masa yang sama, presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dilihat dipersalahkan.
Lim mendakwa Hadi memecahkan kerjasama dengan keengganan beliau bersetuju menamakan Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan MB Selangor selepas mantan MB Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan PKR.
Begitupun, barangkali kerangka dasar kerjasama mereka telah lama berkubur semenjak naib presiden PKR yang juga bekas menteri persekutuan Datuk Zaid Ibrahim bertindak keluar parti dan mencoret pandangan melalui blognya.
DAP juga dilihat pihak yang mula-mula keluar daripada kerjasama Pakatan dengan keputusan 2-1 berhubung hukum hudud dan dasar kerajaan Islam. PAS ketika itu menyokong sambil PKR dilihat bersetuju dengannya. DAP bagaimana enggan turut sama.
Pakatan berjaya mengelakkan kemelut dengan berkata, mereka bersetuju agar tidak bersetuju namun bibit-bibit keretakan telah kelihatan.
Lim boleh sahaja merungut tentang terkuburnya Pakatan, tetapi pada masa yang sama mungkin tidak banyak yang akan disesalinya.
Pihak yang paling terjejas kelak mungkin PKR dan bukannya DAP mahupun PAS.
PKR bakal kehilangan hak menerajui kerajaan negeri Selangor kerana dengan 13 kerusi, ia tidak mendapat kepercayaan di kalangan rakyat mahupun Sultan Selangor.
Sekiranya Pakatan Rakyat tidak dapat diselamatkan lagi, tentunya Azmin Ali menjadi MB Selangor dari PKR yang terakhir.
PAS memiliki 15 kerusi manakala DAP mempunyai jumlah yang sama. Sekiranya ia bekerjasama dengan Umno (dengan 12 kerusi), gabungan itu mampu membentuk kerajaan campuran. PKR mungkin terpaksa merayu kepada bekas sekutunya itu.
Dengan sikap ego, tentunya segalanya bakal hancur. Namun Selangor dilihat mampu jatuh kepada PAS atau DAP dengan wujudnya pihak yang melompat parti. Atau mungkin ahli PAS yang bakal melompat ke PKR atau gabungan PKR-Umno.
Tanpa negeri itu, PKR akan kehilangan kekuatan dan pengaruhnya. Ia mungkin kembali menjadi parti tiada kredibiliti.
PKR sememangnya dari dulu lagi dianggap anggota paling lemah di dalam Pakatan Rakyat, walaupun memainkan peranan penting menjalinkan hubungan PAS dan DAP.
Sekiranya Pakatan satu konsert muzik, DAP seumpama alat pembesar suara dan pengurus peralatan, manakala PAS menyumbang tenaga kerja, keselamatan dan pesertanya. PKR pula membawa bintang penghibur ke pentas konsert.
Namun sekiranya Datuk Seri Anwar dipenjara, kehilangannya bakal menjejaskan PKR terutama kerana presiden parti Wan Azizah tidak mampu mengambil alih peranan yang digalasnya.
Kerana peranan Anwarlah Selangor diberi kepada PKR oleh PAS dan DAP.
Maka dengan ketiadaannya, tidak perlu lagi bagi DAP dan PAS menyumbang kepada kemenangan PKR di Selangor.
PKR telah memberi maklumbalas terhadap kenyataan Lim apabila Wan Azizah berkata, kerjasama akan dipulihkan terutamanya di peringkat akar umbi.
DAP bagaimanapun dilihat ampuh di Pulau Pinang dengan 19 kerusi DUN berbanding 10 yang dimenangi Barisan Nasional, 10 PKR dan 1 PAS. PKR  tentu perlu berusaha gigih menewaskan Umno di beberapa kubu kuatnya.
Dalam masa yang sama, DAP juga semakin mencongak peluangnya di Sabah dan Sarawak serta semakin diterima di Melaka, Negri Sembilan dan Johor. Tanpa Pakatan, ia tentu mampu bergerak sendirian.
Di Sarawak DAP galak dengan usaha menjayakan Impian Sarawaknya di samping menggandakan usaha di Sabah.
Bagi PAS pula, kerjasamanya di dalam Pakatan telah menarik minat sebilangan penganut bukan Islam melalui slogan PAS untuk Semua. Namun tidak ada peningkatan mendadak dilihat di dalam sokongan kepadanya.
PAS kekal mengharapkan undi dari kalangan orang-orang Melayu walaupun sedikit berjaya di kawasan pengundi bukan Melayu.
PAS bagaimanapun menyebabkan beberapa masalah kepada Pakatan dengan berlakunya pergeseran di antara pihak ulama dan kumpulan progresif. Pergeseran inilah yang menambah kekalutan kemelut MB di Selangor dahulu.
Ternyata PAS bakal kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu sekiranya Pakatan Rakyat berpecah. Bagaimanapun, ia masih sukar digugat di Kelantan.
Bagi PKR pula, sekiranya ia gagal keluar daripada bayang-bayang Anwar, masa depannya agak kelam. Pepatah berkata “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”
Pakatan kini masih tercari-cari formula bagi merealisasikan hasrat menerajui Putrajaya, namun ia perlu menilai kembali impian yang dimiliki ketiga-tiga parti, selain daripada perasaan bencikan Umno semata-mata.
Amat menyedihkan sekiranya Pakatan berpecah kerana ia mula tampak gabungan berkaliber sejak ditubuhkan pada 1 April satu ketika dahulu.
Mungkin ia hanya satu jenaka kasar, atau mungkin mereka benar-benar mampu membawa harapan baru untuk negara. Apa agaknya masa depan mereka bersama?

3 comments:

  1. Orang orang Melayu rata rata Bahalol. Itu Fakta !!!!!!

    Lahanat bahalol pun di angkat jadi pemimpin.

    Jika PR pecah , yang paling rugi afalah orang orang Melayu sendiri kerana orang melayu memang miskin toafa duit , di tipu lahanat bahalol sampai papa.

    PR saja dapat ubah nasib orang orang Melayu.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Jika PR berpecah, betul.....PKR dan PAS akan rugi besar. Kerugian PKR adalah bersifat sementara. Manakala kerugian PAS adalah satu kerugian dan kemusnahan yang total.

    PKR hari bukan lagi parti yang berkisar kepada Anwar Ibrahim lagi. Anwar t3lah membina PKR dengan menyediakan satu barisan kepimpinan muda yang berkualiti yang mampu mengerakkan PKR sekiranya beliau tidak ada. P3mimpin-pemimpin seperti Azmin Ali, Rafizi, Nurul Izzah, Nik Nazmi, Wong Chen, Tze Min dll mampu m3ng3mudi PKR dimasa-masa hadapan.

    PAS sudah jadi macam UMNO Baru. Keduanya ketandusan pemimpin-pemimpin pelapis yang mempunyai pot3nsi yang besar. Kita lihat perbezaan yang begitu jauh diantara pemimpin muda PKR dan DAP dengan pemimpin-pemimpin muda PAS. Pemimpin-pemimpin muda PAS telah menjadi tua dan lapuk diusia muda.

    Jika PR berpecah, ianya adalah satu pengkhianatan kepada harapan rakyat di negara ini untuk melihat perubahan berlaku. Sudah pasti perpecahan ini dis3babkan ol3h seg3lintir pemimpin PAS yang berkiiblatkan UG yang tergila-gila mahu bekerjasama dengan UMNO Baru yang sedang nazak. Dengan UMNO Baru yang memperhambakan orang melayu supaya mereka boleh m3ntedarah harta negara. Dalam masa yang sama m3nggunakan Islam untuk memastikan orang melayu terus menyokong mereka untuk m3nindas orang melayu sendiri.

    Pemimpin dan puak UG ini berhelah menggunakan alasan perpaduan melayu dan Islam untuk menipu ahli-ahli PAS agar menyokong mereka untuk bawa PAS bekerjasama dengan UMNO ( sebemarnya untuk kepentingan diri mereka sahaja).. Alasan ini juga yang diguna oleh pemimpin2 PAS tahun 1974 dulu untuk menyertai BN. Masa itu baru lepas peristiwa 13 mei ( sesetengah penganalisa mengatakan 13 mei 1969 adalah ciptaan sesetengah pemimpin UMNO untuk menyingkirkan Tunku Abdul Rwhman). Apa yang PAS capai dengan bersama-sama UMNO selama 4 tahun? PAS ditendang keluar dari BN dwn mengalamai zaman gelap s3hingga kepimpinan PAS bertukar. Sedangkan UMNO masih terus kuat apabila PAS dit3ndang keluar oleh UMNO dari BN tahun 1978!

    ......bersambung

    ReplyDelete
  3. Abe

    Ambo mintq ruqng untuk sambung skit lagi.....


    Apakah p3mimpin2 PAS dari puak UG tahu hakikat ini dan keperitan yang PAS dilalui selepas itu kerana percaaya dengan pujukan UMNO ayas dasar perpaduan melayu dan Islam, termasuk TGHH? TGHH puj rasanya baru nak kenal PAS masa itu dan jauh sekali berada dibarisan kepimpinan PAS pun. Ustaz Nik Zawawi, At takiri, Nik Abduh, Tantawi toKsah ceritalah.Mereka mas8h menyusu botol lagi!

    BN masa tu ditubuh oleh UMNO. Sekarang UMNO itu dah takde. Yang ada UMNO Baru parti Mahathir! Tetapi puak-puak UG ini masih tergila2 hendak berdakap dengan UMNO Baru yang sudah kel3masan atas dasar sama - iaitu perpaduang Melayu dan Islam!

    Yang depa ni tak sedar diri ialah, dalam UMNO Baru dok umpan puak UG ini untuk bekerjasama dengan UMNO, UMNO masih sempat lagi dok pedajalkan PAS. Satu contoh yang jelas ialah UMNO dah kencing PAS Kelantan dalam isu mahu menolong PAS Kelantan melaksanakan hudud. UMNO dah basuh tangan depa apabila Jamil Khir bagitau bahawa te4pulanglah kepada kerajaan PAS Kelantan untuk membawa usul hudud ini ke parlim3n. Tidakkah s3patutnya Kerajaan Pusat dan Kerajaan PAS Kelantan menjadi p3naja bersama untuk memb3ntangkan deraf akta undang-undang untuk membolehkan K3lantan melaksanakan hudud di Kelantan! Peluang untuk deraf akta ini untuk diluluskan di parlimen lebih cerah jika UMNO melalui kerajaan pusat menjadi penaja bersama! Jamil Khir yang sepatutnya yang membentangkan deraf ters3but. Tetapi UMNO dah kencingkan PAS.....dia tolak kepada PAS supaya bentang sorang-sorang.

    Kemudian ada kita dengar jaminan UMNO yang akan berisaha untuk memujuk komponen BN yang lain m3nyokong deraf akta ini yang akan dibentangkan di parlimen ol3h kerajaan PAS.Kelantan? Yilekkkkk......nadaaaa...takder! Tetapi TGHH dan puak UG masih galak menggunakan segala organasasi PAS untuk menghancurkan PR dan meracun fikiran ahli-ahli PAS untuk menyokong mereka untuk membawa PAS bekerjasama d3ngan UMNO!....UNTUK APA? UNTUK PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM ATAU UNTUK KEPENTINGAN DIRI MEREKA?

    Banyak lagi contoh-contoh yang bol3h dis3but bagaimana UMNO Baru Najib masih dok pedajalkan PAS dimana dalam masa yang sama dok umpan PAS agar meninggalkan PR dan bekerjasama dengan UMNO. Contoh bagaimana UMNO Baru kencing PAS dalam isu UMNO menyokong pe4laksanaan hidid di Kelantan yang saya ceritakan diatas sudah memadai.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa