Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 15, 2014

'Proksi': Khairuddin Abu Hassan mengamuk!

1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO' - Khairuddin
Astro Awani |Kemas kini:Disember 14, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 14, 2014 20:27 MYT)

1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO' - Khairuddin
KHAIRUDDIN: Tarik balik kenyataan yang saya seorang 'proksi', atau berdepan tindakan saman. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: "Tarik balik tuduhan saya 'proksi' veteran UMNO yang ditugaskan untuk membangkitkan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."

Itu amaran Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan menyifatkannya sebagai fitnah yang tidak berasas.

"Memang jika hendak dibandingkan saya dengan dia, ibarat bumi dan langit, sangat jauh.

"Tetapi (saya) hendak beri amaran kepadanya supaya menarik balik kenyataan (bahawa) saya adalah seorang 'proksi', saya tidak teragak-agak untuk menyamannya jika ia berulang," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Tajuddin yang memintanya tidak membuat tuduhan melulu terhadap tanggungjawab pemimpin parti dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB.

Kata Khairuddin, veteran parti berkenaan disifatkan tidak memerlukan seorang 'proksi' sepertinya jika mempunyai misi untuk 'menjatuhkan' 1MDB seperti yang didakwa Tajuddin.

"Perjuangan ini berteraskan prinsip. Saya berjuang seorang diri dan tidak perlukan tangan ghaib, lagipun saya hanya seorang kerdil sahaja," jelasnya.

Ujarnya, kenyataan Tajuddin yang menyatakan sudah berjumpa peringkat tertinggi syarikat dan parti mengenai isu 1MDB turut diragui.

"Jika sudah jumpa, mengapa tidak diperjelaskan kepada rakyat, mengapa tidak buat penerangan secara terbuka mengenai isu ini?" katanya.

Jelasnya lagi, setiap pandangan Tajuddin sebelum ini sentiasa dihormati walaupun pernah berada di pihak pembangkang.

Katanya lagi, laporan polis yang dibuatnya hanya meminta pihak berkenaan menyiasat dana 1MDB dan bukannya Presiden UMNO atau sesiapa di peringkat tertinggi parti.

"Inilah masalah pemimpin UMNO, bila sudah cakap hendak melenting. Kenapa tiba-tiba baru sekarang hendak melenting?" katanya.

6 comments:

  1. Mamat ini bangsa EEEE.....ke ????

    Muka nya macam Zam & Khorthell saja !!??

    Mesti lah jadi proxi , semua orang tahu tu sebsb Mat Bahalol tak berani usik.

    Ini gaya penipu nak orang ramai tipu dia ; licik kan ???

    ReplyDelete
  2. SANDIWARA PUAK UMNO YAHUDI LAKHANATULLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Anon 12:36. Sorang buaya kelaparan. Sorang lagi nak protect projek bina UITM Tapah yang bernilai RM 1.3 billion ( dia dapat kontrak bina UITM di Perak dan kemudian bagi sewa kat UITM berpuluh2 tahun lamanya...kaya..kaya)

      Delete
  3. Siapa makan cili, dia akan kepedasanlh.

    ReplyDelete
  4. hahaha, sejarang baru ini mamar muncul. Dulu, dalam kes liwat Satu dia cergas jadi bouncer pengiring Umi Hafilfa. Kerana itu dapat gelaran datuk dan jadi kaya rata, Kemudian dawat duit lagi untuk menjadi juruterbang pesawat ringan pertama keliling dunia. Mintak dia bentangkan oenyata akaun cubaan itu dan sampai mana dia terbang. Apa jadi dengan pesawat yang diterbangkannya. Bangkai pesawat itu boleh jadi yangkal pinyu masuk lapangan terbang di kulim
    semua duit yang dia dapat dulu adalah duit rakyat marhaen.
    Malaun semacam ini mesti digasak oleh semua pihak. Hampeh.

    ReplyDelete
  5. begitulah hikayat para penyangak & penyamun terhormat negara berdrama & wayang kulit tebal kalah kulit babi ! ABU !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa