Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 9, 2014

Siapakah Yang Mahathir Mahu?

PAS soal Dr M: Siapa layak ganti Najib?
mk4:20PM - 9 Dec 2014

PAS hari ini menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan pihak yang didakwanya layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (bawah) berkata, Mahathir, bekas perdana menteri, harus bertindak demikian supaya dapat dibahaskan masyarakat umum.
“Namun Tun seharusnya menamakan siapakah calon calon tersebut untuk dilihat oleh rakyat sama ada calon tersebut memenuhi kriteria dan kelayakan yang cukup.

“Biarlah ia menjadi perbahasan dan perdebatan umum sebelum Umno dan BN memuktamadkan pengganti Najib,” katanya.

Menjawab soalan, Mahathir dalam wawancara dengan Sinar Harianyang disiarkan hari ini berkata ramai yang layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri tetapi “Umno tak bagi masuk”.

Beliau juga membangkitkan langkah cantas mencantas dalam parti Melayu itu demi kepentingan diri.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz berkata, jika calon itu lebih daripada satu, perbahasan boleh dibuat bagi mengetahui visi dan hala tuju yang dibawa mereka.

Beliau malah mencadangkan Mahathir menjadi pemudah cara untuk perbahasan itu.

Sementara itu, Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai keberanian kerana ia dianggap “penegasan terhadap partinya sendiri yang pernah diterajuinya selama 20 tahun lebih”.

“Ini adalah satu keberanian yang hanya semata mata untuk melihat masa depan negara mempunyai halatuju dan berada pada landasan yang betul,” katanya.


2 comments:

  1. Mahfuz ini mcm tak faham pula, biar aku beritahu. Sebenarnya yg paling layak ganti Najib tanpa sebarang bantahannya lagi adalah jeng jeng jeng...dia adalah Mahathir sendiri tanpa was-was.

    ReplyDelete
  2. PAS tak layak jadi PM atau TPM atau apa2 Menteri pun sebab Bahalol.

    Negara perlu orang Melayu bijak setanding dunia Eropah , Jepun , Amerika dan orang itu Anwar Ibrahim saja...

    Orang umno semua bahalol saja.

    Itu Fakta !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa