Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 9, 2014

Siapa Lebih Gentleman?

Dr M jawab kritik dengan penjelasan, Najib dengan saman, kata pengarang veteran
Published: 9 December 2014 - TMI
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak dilihat mempunyai pendekatan berbeza menangani kritik, kata bekas ketua pengarang NSTP, Datuk A Kadir Jasin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2014.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Datuk A Kadir Jasin membidas Datuk Seri Najib Razak kerana menyaman pengkritiknya, sedangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menjawab balik kritikan dengan penjelasan.
Mengakui tidak wajar membandingkan Najib dan Dr Mahathir, namun Kadir ‎berpendapat sebagai ahli politik mereka perlu menggunakan medium mereka seperti di Dewan Rakyat atau berdebat bagi menangkis kritikan.
‎"Tetapi apabila bekas perdana menteri Dr Mahathir sendiri menyatakan tidak pernah mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya selama 22 tahun pentadbirannya, saya terpaksa melihat perspektif berbeza.
"Dr Mahathir berkata beliau akan terus jawab kepada rakyat sekiranya sesuatu isu timbul. Kutuk dia atau puji dia, dia memang ada kelas tersendiri. Memang tidak wajar bandingkan Najib dengan Dr Mahathir.
"Saya percaya, ahli politik, terutama mereka yang melalui proses pilihan raya, perlu menggunakan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi menyelesaikan masalah dan meyakinkan rakyat. Mereka patut berdebat dan biarkan rakyat yang menghakimi," tulis Kadir di laman blognya.
Beliau berkata demikian mengulas notis saman diberi kepada dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) Rafizi Ramli dan Tony Pua, berhubung kenyataan mereka mengenai subsidi minyak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kadir (gambar, kiri) berkata, sebagai pemimpin dilantik rakyat, mereka bertanggungjawab mengubal dan memelihara undang-undang apabila mahkamah hanya mentafsirkan perundangan yang dibuat.
"Dengan membawa perkara ini ke mahkamah, mereka seperti mengakui tidak boleh lagi mempertahankan diri dari segi politik.
"Mereka mengakui mereka kalah dalam perdebatan dan tidak boleh lagi bergantung kepada kemahiran dan kebijaksanaan mereka bagi menangkis serangan," katanya.
Lebih dari itu, pengarang veteran itu menyifatkan tindakan memfailkan saman merupakan cara paling berkesan "mendiamkan" pihak lawan apabila cara lain tidak lagi menampakkan hasil.
Pada 24 November, Najib menghantar notis kepada Pua mendakwa sengaja memfitnah beliau berikutan isu 1MDB pada 3 November, hingga memberi tekanan besar dan memalukan beliau.
Najib menuntut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman.
Awal bulan ini, Najib menghantar satu lagi notis kepada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkenaan artikel "Kenapa kita pertahan subsidi minyak" yang disiarkan pada 22 November.
Pada masa sama, Kadir berkata, tindakan Najib menyaman pemimpin muda seperti Rafizi dan Pua hanya membuatkan kedua wakil rakyat itu "bermegah diri".
Tambahnya, Najib sepatutnya lebih memilih dalam menentukan siapa yang beliau harus tentang, mengambil kira faktor status dan usia.
"Najib patutnya 'lawan' dengan mereka yang sama usia dan status dengannya. Rafizi baru 34 tahun, dan Pua 42, Najib sudah 61," katanya.
Tambahnya, sewajarnya Rafizi dan Chua ditangani pemimpin muda Umno yang turut mewakili kerajaan yang lebih menyerlah seperti Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, yang juga Ketua Pemuda Umno. – 9 Disember, 2014.

3 comments:

  1. Disebabkan Mahathir bertelinga teballah maka apa saja yg dibuatnya tetap akan dibuatnya juga. Bukan dipedulinya akan buruk akibat. Bila dia tidak mampu berhujah balas akan dibunuhnya orang itu, mcm kes di Memali. Cubaan untuk membunuh DSAI telah beberapa kali dibuat antaranya helikopter nuri terhempas, helikopter TS Yahaya terhempas, pukulan boleh bawa maut oleh Rahim Nor dan arsenik. Entah2 kematian Tun Razak dan Fadhil Noor juga relevan. Tak boleh pakai langsung orang tua ni, dia bukan manusia baik kecuali hanya pandai bermuka-muka.

    ReplyDelete
  2. saman tu kira berani juga sbb beri peluang utk defendan kemukakan hujah. kutty cukup takut masuk mahkamah. bila kena panggil ke mahkamah (atau RCI) jawapannya 'saya tak ingat'. auta betul. dimahkamah Allah main auta mcm tu kena belasah cukup2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib pun takut juga masa disapina ke mahkamah tinggi, ketika perbicaraan kes sialfool dulu. Kali ini dia mesti dah kowtim dgn guni petai & hakim lelong.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa