Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 9, 2014

Tarik Kerakyatan: Gini, Gitu. Sape Yang Tak Tahu?

Ini kata Syed Ali.....

Pengkhianat negara wajar dilucut kerakyatan – Syed Ali
 | December 9, 2014
Tindakan melucutkan taraf warganegara mereka berdua sebagai pengajaran kepada individu atau pihak tertentu supaya tidak menyebarkan fitnah, provokasi dan cercaan menerusi laman-laman sosial.
Datuk Seri Syed Ali AlhabshePETALING JAYA: Mana-mana individu yang tidak setia kepada negara dan bersikap pengkhianat sewajarnya dilucutkan segera taraf kerakyatan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Tegasnya, selain menarik balik Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) individu terbabit, kerajaan juga disarankan supaya melucutkan taraf kerakyatan penulis blog seks, Alvin Tan dan aktivis bebas, Ali Abd. Jalil yang kini dikini menjadi pelarian di Amerika Syarikat dan Sweden.
Syed Ali berpendapat, tindakan melucutkan taraf warganegara mereka berdua sebagai pengajaran kepada individu atau pihak tertentu supaya tidak menyebarkan fitnah, provokasi dan cercaan menerusi laman-laman sosial.
Di dalam entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.com, beliau menyifatkan tindakan Jabatan Imigresen menarik balik PMA kedua individu berkenaan sebagai berasas dan tepat memandangkan kegiatan mereka berdua telah menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat di negara ini.
Katanya, tindakan jabatan berkenaan juga membuktikan bahawa kerajaan tidak bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan provokasi dan fitnah terancang walaupun mereka telah melarikan diri ke luar negara.
Jelas Syed Ali, perbuatan Alvin dan Ali yang sebelum ini menggunakan laman sosial sebagai medium untuk ‘menyerang’ institusi Raja-raja Melayu, umat Islam dan cubaan menggugat kestabilan politik negara amat serius.
Sehubungan itu tambah beliau, adalah wajar kerakyatan mereka berdua turut ditarik balik memandangkan tindakan tersebut jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan tidak menghormati perlembagaan negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) lebih pro-aktif menangani penyebaran fitnah dan provokasi memburukkan kerajaan dan pemimpin negara yang dilakukan pihak tertentu menerusi media baru.
Beliau menegaskan, perbuatan menyebarkan fitnah dan hasutan jika tidak ditangani secara serius dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada kestabilan negara.
“Kerajaan kena bertegas dalam hal ini, tidak kira individu , pertubuhan bukan kerajaan mahupun parti politik, mereka yang sebarkan fitrnah dan menghasut rakyat perlu dikenakan tindakan undang-undang,” jelasnya.

Ini pula kata Menteri KDN......

Zahid : Alvin anak kelahiran Malaysia, tak boleh tarik kerakyatan
 | December 9, 2014
Kerajaan Malaysia tidak sekejam itu untuk menarik balik taraf kerakyatan. Isu kerakyatan melibatkan satu akta yang lain
Zahid HamidiPUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, penarikan balik pasport antarabangsa milik aktivis bebas, Ali Abd Jalil dan blogger seks, Alvin Tan adalah sah di sisi undang-undang.
Beliau menjelaskan, walaupun pasport merupakan milik peribadi tetapi hak pembatalannya adalah hak negara kerana “dari segi legality maka penarikan balik atau pembatalan adalah legal.”
“Passport itu bukanlah keistimewaan kepada seseorang itu tetapi keistimewaan yang diberikan oleh negara kepada seseorang warganegara,” katanya pada sidang medianya di sini hari ini.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, kementerian dan agensi di bawahnya mengikut undang-undang di Malaysia
“Kalau ada badan lain atau negara lain yang memberikan sebarang dokumen perjalanan itu..itu soal negara dan badan berkenaan. Tetapi sejauh-jauh bangau terbang akan balik ke belakang kerbau juga,” katanya.
Ditanya adakah KDN akan melakukan ekstradisi untuk membawa balik Alvin dan Ali, Zahid berkata, pihaknya tidak mempunyai usaha untuk melakukan tindakan sedemikian sehingga kini walaupun mempunyai perjanjian ekstradisi.
“Kesalahan yang dilakukan adalah kerana tidak mematuhi kebenaran yang diberikan oleh mahkamah ketika beliau (Alvin) memohon ke Singapura untuk melakukan penggambaran filem ke Singapura kononnya.
“Kalau dia berani, dia patut balik. Ertinya dia pengecut. Itulah sebab beliau tidak pernah dapat ijazah. Beliau gagal dalam exam,” sindirnya.
Ditanya adakah KDN mempunyai perancangan menarik balik taraf kerakyatan Alvin dan Ali, Zahid menjawab, “Tidak boleh, dia lahir di sini. Itu satu akta yang lain.”
“Dan kerajaan Malaysia tidak sekejam itu. Kerakyatan ini kalau orang yang dianugerahkan kewargenegaraan. Dia ini anak kelahiran Malaysia. Satu akta yang lain,” ujarnya.
Hari ini sebuah portal dalam laporannya mendakwa, kerajaan tidak berhak menarik semula pasport rakyat Malaysia kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka berpendapat, keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 berkenaan “kebebasan peribadi” di bawah Artikel 5 merangkumi hak warganegara Malaysia ke luar negara dengan pasport yang sah.
Kenyataan itu dikeluarkan sejurus Jabatan Imigresen semalam mengumumkan menarik balik pasport Malaysia milik blogger seks Alvin Tan dan aktivis Ali Abd Jalil yang mencari suaka politik di luar negara.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa