Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 17, 2014

Pemimpin PR Bodoh!

Asyik bertelagah tanpa cari jalan kompromi
Asyik keluarkan kenyataan yang menyumbang kepada keruntuhan

Rafizi: Berhentilah membuat kenyataan yang jejas hubungan PR
 | December 17, 2014
Pemimpin PR sepatutnya memberi tumpuan kepada perjuangan membela kebajikan dan kepentingan rakyat, bukannya saling membuat kenyataan mengenai isu hudud yang boleh mengeruhkan keadaan.
rafizi ramliPETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menggesa pemimpin PKR supaya berhenti membuat kenyataan mengenai isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan supaya ianya tidak mengeruhkan lagi keadaan terutamanya hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Menurut beliau, sebarang keputusan dan pendapat yang ingin dibuat mengenai polemik ini perlulah merujuk kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
“Walaupun perbezaan pendapat sebegini telah wujud sejak penubuhan Barisan Alternatif dalam tahun 1999 lagi, saya berpandangan keutamaan dan muafakat yang jelas perlu diberikan kepada isu-isu kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu beliau menggesa semua pemimpin PR supaya memberi fokus kepada perjuangan membela kebajikan dan kepentingan rakyat seperti isu kepayahan rakyat dalam mengharungi beban sara hidup yang semakin meningkat, skandal rasuah dan penyelewangan yang mengakibatkan peruntukan rakyat dipotong.
Selain itu, PR juga perlu memberi fokus kepada kemelut ekonomi yang melanda rakyat menjelang tahun 2015, manipulasi agama dan perkauman untuk mengekalkan UMNO serta salahguna undang-undang untuk menyekat suara rakyat.
“Keutamaan ini bukan sahaja telah menjadi amanah rakyat kepada kita tetapi strategi paling berkesan untuk menumpaskan UMNO dan Barisan Nasional,” ujarnya.
Beliau yang juga Setiausaha Agong PKR berkata, pihaknya telah mengarahkan Sekretariat PR supaya mendapatkan draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh Kerajaan Kelantan mengenai hukum hudud dengan segera bagi pembolehkan PKR dan pimpinan PR menilai cadangan yang akan dilaksanakan Kelantan sebelum membuat kenyataan.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya telah membuat kenyataan bahawa beliau curiga akan kemungkinan PAS bersubahat dengan BN untuk menyelubungi skandal 1MDB dengan rencana PAS Kelantan untuk membentangkan pindaan hukum Hudud di satu sidang khas DUN Kelantan .
Beliau menyatakan rasa hairannya terhadap tindakan PAS Kelantan yang secara tiba-tiba mahu membentangkan pindaan hukum Hudud.
“Apakah usul ini sengaja diadakan oleh PAS Kelantan untuk mengalih perhatian masyarakat umum daripada skandal 1MDB dengan membuat persepsi bahawa ada konflik antara PAS dan DAP?” tanya Latheefa.

3 comments:

  1. mmg bodoh pun. Hadi lambung, LGE smash, Anwar sambut penyokong masing sorak gempita..yg bawak balik piala ttp UMNO. hahaha...

    ReplyDelete
  2. mmg bodoh pun. Hadi lambung, LGE smash, Anwar sambut penyokong masing sorak gempita..yg bawak balik piala ttp UMNO. hahaha...

    ReplyDelete
  3. PKR ini professional , DAP saja nak kejut2 presiden bahalol dari tidor.

    Apa pun PR tak memudharat kan seperti unno BN yang di kira najis lah jugak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa