Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 15, 2014

Yang Ni Aku Rasa Ada Logiknya

Orang macam ni biasanya macam budak-budak tagih sesuatu
Kalau tak dapat, dia akan mengamuk sampai berguling-guling!

Ada ‘benda’ bekas pengerusi SPR tidak dapat, kata Zahid
Published: 15 December 2014
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden PDRM di Cheras, Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2014.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan gesaan yang dibuat bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menuntut perdana menteri berhenti daripada menipu rakyat, sambil mendakwa kemungkinan ada 'benda' yang tidak diperolehi Rashid. 
Menteri dalam negeri itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas beliau bersara daripada perkhidmatannya. 
"Masa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu, adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden PDRM di Kuala Lumpur, hari ini.
Rashid semalam menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara. 
"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," kata Rashid dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa. 
Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.
"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.
Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.
"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.
Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.
"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.
Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul". – 15 Disember, 2014.

2 comments:

  1. depa ni kena nyanyi lagu 'kita serupa' ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Orang orang Nelayu mana ada duit , hidup malas dan di suap sejak dari kechik. Itu sebab bahalol macsm bebudak di Srpilok Sabah.

    Yang pasti , Rahman ini harap kan upah lagi tinggi macam darjah Tun dgn eksun bulanan cuksp kaya dan ber gaya.

    Biasa lah , kalau nak tahu tanya saja bini nya apa yang tsk cukup ???? Bentley , Mercedes , Range Rover ???

    Mungkin dengki dgn ada brkan KP dapay Rolls Royce jadi board Air Asia uang lagi bahalol dari Rahman ???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa