Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 15, 2014

Perkembangan Kes Mejar Zaidi Hari Ini

Mejar Zaidi pilih berdiam diri
mk - 11:47AM - 15 Dec 2014

Mejar Zaidi Ahmad yang sepatutnya membela diri hari ini memilih untuk berdiam diri selepas tidak bersetuju dengan tindakan mahkamah tentera untuk terus bersidang sementara menunggu semakan kehakiman kes itu di dengar di Mahkamah Tinggi pada 5 Februari 2015.

Susulan itu, Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan menangguhkan mahkamah ke 19 Disember ini bagi mendengar hujah penggulungan pendakwa dan peguam bela.

Sebelum itu, peguam Zaidi, Nasar Khan Mirbaz Khan menegaskan yang pihaknya tidak akan mengambil bahagian dalam perbicaraan hari ini.

"Kalau mahkamah bersidang juga sebelum semakan kehakiman, kami tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan ini.

"Kami tak mahu beri keterangan atau kemukakan bukti.

"Ia pilihan tertuduh yang membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian," kata Nasar Khan.

Arahan percepat kes

Anggota panel mahkamah iaitu Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom menjelaskan yang pihak panel mahkamah tidak dapat memberi laluan sehingga semakan itu selesai.

Jelasnya, pihak mahkamah menerima arahan dari pihak berkuasa sidang untuk mempercepatkan kes itu.

"Kita telah banyak membazirkan masa dan wang ringgit untuk pendengaran ini.

"Untuk makluman semua, arahan daripada pihak berkuasa sidang adalah supaya perbicaraan ini diteruskan dan diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Bercakap kepada wartawan, Nasar menjelaskan bahawa semakan kehakiman difailkan pada 11 Disember selepas pihak berkuasa sidang memutuskan untuk meneruskan kes ini walaupun pihaknya memohon mahkamah itu dibubarkan.

Zaidi pada 3 November lalu menulis kepada Panglima Nombor Satu Divisyen Udara Pengkalan Udara Butterworth memohon agar kesnya dibubarkan.

Beliau mendakwa salah seorang anggota panel mahkamah yang mengadili kesnya meninggalkan komen menerusi laman Facebook pada satu berita yang disiarkan Malaysiakini.

Zaidi sepatutnya membela diri terhadap tuduhan berkaitan isu dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau didakwa memberi kenyataan media tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera dan membocorkan dokumen tentera kepada media.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa