Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 18, 2015

Ada masanya Mamat ni berpijak di bumi nyata.......

Guling kerajaan satu propaganda murahan – Nasruddin
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata apa yang lebih melucukan ialah apabila rancangan untuk pilihan raya umum lebih awal turut disifatkan beliau sebagai sebahagian usaha untuk menggulingkan kerajaan. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 17 Ogos:
Pas menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa usaha untuk menukar Perdana Menteri dengan mewujudkan kerajaan perpaduan melalui proses akuan bersumpah di Parlimen sebagai langkah untuk menggulingkan kerajaan adalah satu propaganda murahan.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata apa yang lebih melucukan ialah apabila rancangan untuk pilihan raya umum lebih awal turut disifatkan beliau sebagai sebahagian usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Menurutnya, keabsahan pemerintah dan Perdana Menteri adalah di atas sokongan majoriti ahli-ahli parlimen yang mana sekiranya hilang majoriti maka Perdana Menteri perlu ditukar dan sebaiknya pilihan raya umum diadakan bagi mendapat mandat baru rakyat.

“Ini bukan kudeta. Ini bukan suatu penggulingan. Ini adalah proses demokrasi matang dan ia pernah berlaku di United Kingdom, India dan berulang kali berlaku di Jepun dan ianya boleh sahaja berlaku di Malaysia apabila pemerintah telah gagal dalam amanah dan tanggungjawabnya.

“Malah seorang pakar perlembagaan, Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood seperti yang dipetik oleh sebuah akhbar tempatan proses di parlimen yang sedemikian rupa lebih merupakan satu pemindahan kuasa yang biasa berlaku di dalam amalan demokrasi.

“Ianya bukanlah satu tindakan yang menyalahi undang-undang di mana kerajaan dijatuhkan melalui kekerasan atau protes jalanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu lagi, adalah cukup pelik mendengar dakwaan yang sebegitu dangkal dari seorang Timbalan Perdana Menteri yang bercakap seolah-olah tidak mempunyai kefahaman mengenai proses demokrasi dan undang-undang sedangkan beliau sentiasa gah menunjukkan pada dunia akan ijazah kedoktoran beliau.

Jelasnya, apakah beliau tidak mengira kenyataan dangkal sebegitu yang menggambarkan seolah-olah kerajaan bakal digulingkan melalui huru-hara boleh meresahkan para pelabur dan menjadikan ekonomi lebih merudum dikala nilai ringgit semakin menjunam dan hutang negara semakin meningkat.

“Kenyataan ini adalah sebahagian dari siri kenyataan dangkal dan cetek yang dibuat oleh ahli-ahli kabinet baru yang cuba mempertahan dan menjustifikasi salah laku Perdana Menteri dan Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat.

“Malang bagi Umno dan BN kerana rakyat sama ada mereka yang berada di bandar atau pun di kampung kini tidak lagi boleh dimomokkan sebegitu rupa.

“Usahlah UMNO dan BN secara berterusan menimbulkan keresahan kepada rakyat, kerana dalam masa yang sama ianya dilihat sebagai satu ugutan kepada rakyat,” ujarnya. - sumber

6 comments:

  1. hj hadi tak akan setuju dgn pendapat hang, din oi. nampaknya dah berani ttg pandangan tuan presideng

    ReplyDelete
  2. Kalo Umno ada Maslan
    Pas berbangga dgn tentawi
    specis mental yg sama

    ReplyDelete
  3. Jaga lidah mu tantawi kelak nanti di tuduh tidak walak oleh geng snake.

    ReplyDelete
  4. Budak Bahalol TEMERLOH ini ada lagi????

    Buat habis bhoras saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poh paleh wehh.....die ni dulu2 nye koi suke....sejak die menang pakai cai. .....karang ni tengok je muke die tekak koi rasa loye....

      Delete
  5. Tukar Kerajaan bukan guling kerajaan.

    Yang tukar cuma kerajaan. Sistem demokrasi tetap kekal. Guling Kerajaan nak tukar ke komunis atau ala-ala pemerintahan timur tengah atau pemerintahan Tentera.

    Yang teruk kalau CAI. Sistem tukar, Kepimpinan pun tukar !! Apa sistem yang di pakai, orang dah tidak tahu. Kepimpinan masih ikut Islam atau tidak dah celaru.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa