Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 18, 2015

Video : Beberapa Saat Sebelum Letupan Berlaku

By IKA August 18, 2015 : 11:23 am

SEDANG semua orang berjalan kaki seperti biasa dalam keadaan aman, tiba-tiba dikejutkan dengan satu letupan bom yang kuat yang boleh menyebabkan dada tersentak.

Itulah yang berlaku dalam kejadian letupan bom di Bangkok, Thailand semalam di persimpangan Ratchaprasong pada kira-kira pukul 8 malam waktu Malaysia.

Letupan berlaku berhampiran dengan Kuil Budhha Erawan dan kawasan yang menempatkan pusat membeli-belah di ibu negara Thailand itu.

Dikatakan kesan letupan berkenaan amat besar dan menyebabkan kerosakan motosikal dan kereta.

Beberapa penjaja jalanan dipercayai menjadi mangsa letupan berkenaan.

Sehingga kini diketahui sudah ada 27 orang dikhuatiri maut dan dua rakyat Malaysia dipercayai turut terlibat dalam letupan itu.

Satu klip video yang memaparkan beberapa minit sebelum letupan berlaku tersebar di laman sosial hari ini dan saat letupan berlaku memang betul-betul mengejutkan.

Pada mulanya semuanya hanya berlaku seperti biasa dengan orang ramai berjalan melintasi satu lintasan pejalan kaki sebelum kemudiannya bom berkenaan meletup.
Kemudian, suasana bertukar huru-hara dengan beberapa jeritan ketakutan dari orang ramai kedengaran.

Kereta yang melalui berhampiran kawasan letupan juga banyak yang berhenti kerana terkejut mendengar bunyi letupan bom yang kuat. – PRU14.tv

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa