Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 18, 2015

Orang tua ni buatkan Najib lagi bengang!

Tindakan Najib buktikan tuduhan ke atasnya benar, kata Dr Mahathir
TMI - Published: 17 August 2015 6:59 PM
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan pelbagai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Datuk Seri Najib Razak, beliau mungkin boleh membeli pilihan raya tetapi perdana menteri itu tidak boleh melakukan demikian untuk mengekalkan popularitinya. 
Bekas perdana menteri itu berkata, dengan pelbagai usaha Najib menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas. 
“Dengan tindakan itu, Najib secara berkesan menghentikan siasatan kehilangan berbilion ringgit yang dilaburkan dalam 1MDB dan kemunculan RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib. 
"Sekarang, tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib kerana tuduhan itu tidak boleh dibuktikan. Tetapi, tindakannya membuktikan wujud kebenaran dalam tuduhan yang dibuat terhadapnya.
“Maka pandangan awam kekal kuat mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri. Oleh demikian terdapat cakap-cakap mengenai usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen,” katanya melalui blog popularnya chedet.cc petang ini. 
Dr Mahathir berkata apa yang berlaku kepada Malaysia tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyaksikan keluhuran undang-undang tercemar dan rakyat tidak berkuasa mengembalikannya semula.
Katanya, di negara lain keganasan digunakan untuk menumbangkan presiden yang tidak popular namun ia tidak sesuai dilakukan di Malaysia.
"Jadi kaedah atau institusi kerajaan dijangka untuk menyiasat dan mengenal pasti sama ada tuduhan terhadap perdana menteri benar atau sebaliknya.
"Institusi yang biasanya dijangka menjalankan tugas ini ialah polis. Institusi lain dengan kapasiti untuk menyiasat juga dijangka terlibat.
“Mereka bagaimanapun terhad kepada penyiasatan dan penyediaan laporan. Mereka tiada kuasa mendakwa. Untuk ini, peguam negara mesti memutuskan prosiding guaman,” katanya.
Mengulas mengenai pengunduran Najib melalui undi tidak percaya, Dr Mahathir berkata ia memerlukan majoriti mudah namun ia tidak dapat dilakukan kerana hampir kesemua ahli Parlimen Umno terhutang budi kepada Najib.
Katanya, usaha menggunakan undi tidak percaya tidak akan berhasil kerana ahli Parlimen pembangkang tidak mencukupi selain pelbagai permasalahan semasa yang melanda negara.
“Dengan kejatuhan perdana menteri, seluruh kerajaan akan jatuh.
“Kerajaan kekurangan dana. Ia perlu memotong peruntukan kepada semua kementerian. Pengenalan GST menyebabkan peningkatan kos sara diri menyebabkan penyusutan nilai ringgit.” – 17 Ogos, 2015.

5 comments:

  1. Kita harus ingat orang tua ni dulu pun bukan baik sangat.

    ReplyDelete
  2. zaman buruk orang tua ni dah berakhir..sekarang zaman buruk orang yg sedang menuju tua la pulak....

    ReplyDelete
  3. Hello
    Kamu sapa nak kutuk Tun anon 11.14, 11.38.
    Cakap macam bijak pandai. Orang tua ni la yg memajukan malaysia dan orang melayu. Apa pun dilakukan Tun takderla menyusahkan rakyat. Cerminkan diri sebelum mencerca orang yg berjasa kpd negara dan bangsa. Kalau setakat mulut longkang macm kamu berdua ni, pi belajar lagi la

    ReplyDelete
  4. MAT BAHALOL BOLEK KIOK SAKIT JANTONG KALAU TUN BUAT BISING SELALU

    BISING BISING TUN ADA BUKTI

    MAT BAHALOL GAYA MAT MONGOL TAU TAU NAK KABOMMMMMMMMM!!!!!! SAJA

    ReplyDelete
  5. Lebih kurang 2x5=69.tahniah lah mahathir.teruskan untuk mendedahkan apa yg pernah dilakukan semasa 22 tahun memerintah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa