Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 7, 2015

Hah tuudia......lagi ligatlah persoalan berlegar!

Bos operasi khas dikeluarkan serta-merta dari SPRM
mk - 6:48PM - 7 Aug 2015

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.

“Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.

Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri pada hari ini mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

12 comments:

  1. Apa kata tok wali hadi? Tunggu dan lihat! Bila? Sampai tak dak apa yg nak di lihat? Habis bukti baru nak panggil 4 saksi! Tolol punya hadi awang! Ini baru betul barua najib!

    ReplyDelete
  2. itu uang derama dari Negara gohet gostan daaa.. kalo itu uang rasuah berapa besar nilai projek najip kena bagi sama itu konglomerat gohet gostan. sebab apa dia diam? tunggu masa korang ngangaaa la.. jangan jadi suruhan dajjal untuk tabor fitnah ada fahammm

    ReplyDelete
  3. Nampak sangat ada yang tak betul..
    Lepas satu..satu..berkait2.....bersambung2..Allah nak tunjuk kat kita..kita punye pemimpin yang..yang.....aku tahan mulut dan jari aku dari mencarut..
    ARTAGFIrullahalazim....

    ReplyDelete
  4. Mereka yg kritis tiada tempat di negara ini. Mereka yg pandai usap2 bontot penyamun naik pangkat. Hal ini adalah kerana di Tipuistan, bercakap benar adalah satu kesalahan.

    ReplyDelete
  5. Tunku aziz awak kat mana...knapa diam je...

    ReplyDelete
  6. ini kerja biasa yang dilakukan bila keadaan tertekan
    kena tukar kerana prinsip dihormati
    kalau kena tukar kerana dikaitkan dengan wabak rasuah
    orang tengok muka pun naik menyampah
    kalau takut nak cakap lagi sebab takut kena
    tukar lagi itu yang tak betul

    ReplyDelete
  7. Mana Tengku Aziz ex DAP ... INILAH MASA KAMU UNTUK MENCARI KEBENARAN .. JANGAN JADI JAGUH KAMPONG .. BERKOKOK SAJA YANG PANDAI .. NANTI EKOR BERGELUMANG DENGAN NAJIS..

    ReplyDelete
  8. Semua nya bahalol

    Kalau semua bukti dah masok media online , ter duduk mengalah jugak si Lahanat Besar Mana Pon....

    Rakyat bayar gaji bebudak gomen ter masok budak lahanat badan besar tu

    Kepalq Otak.

    ReplyDelete
  9. Rakyat hanya mampu berdoa sahaja kerana untuk bertindak dengan berdemonstrasi sudah terlambat kerana mereka telah dikasi menjadi sida-sida sejak dari 50 tahun lagi. Cuma solat hajat sahaja yang mampu mereka tunaikan moga-moga Allah SWT menghantar burung-burung Ababil menyerang Seri Perdana dengan menjatuhkan batu-batu berapi di kepala Najib dan Ketua Polis Negara tak terkecuali Rosmah. Atau lebih segera lagi menghantar MalaikalMaut menjemput Najib dan Rosmah secepat mungkin. Itu pun kalau manusia Islam di negara ini dah terlalu lemah dan seperti tak makan 29 hari. Doa tanpa usaha, tiada kesudahan.....Jadilah macam rakyat dan muda-mudi Tunisia.

    ReplyDelete
  10. Ingatlah....kita ni hamba Allah. Kita bukan hamba najib.

    ReplyDelete
  11. Dibuatnya rentetan daripada solat hajat itu, jet eksekutif yg dinaiki oleh Najib and de gang of pirates itu menjunam jatuh terkelepuk di atas jambatan Pulau Pinang tu, kita tetap rugi juga weh! Sebabnya jet dan jambatan itu dibina menggunakan duit rakyat. Tapi kalau itulah caranya mereka tumpo, bagus juga. Agaknya JJ itu pun tak habis2 lagi menjawab soalan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa