mk - Published: 19 August 2015 7:19 PM
Nasib anggota dan pemimpin PAS yang dipercayai terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 September ini.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar, kanan) berkata semua Badan Perhubungan PAS negeri diminta mengemukakan laporan berhubung perkara itu pada mesyuarat itu nanti.
"PAS Pusat akan buat semakan sama ada kes ada bukti kukuh atau tiada bukti untuk diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Baru, hari ini.
Amar berkata 4 tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang mengkhianati parti adalah mengemukakan surat tunjuk sebab, diberi amaran, digantung keanggotaan dan dipecat sebagai anggota parti. – Bernama, 19 Ogos, 2015
11 september kita suma dah blah dah...
ReplyDeletenak siasat buat aper?
Susah sangat dan komplikated sangat ke nak ambil tindakan tegas sekarang? Benda dah jelas dan terang macam matahari pukul 1 tengahari......
ReplyDeleteApa benda yg PAS dok ragu2 nak ambil tindakan ni.....habaq mai.....kot boleh tolong