mk - 1:10PM - 18 Aug 2015
Lawyers for Liberty bimbang dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung perkara kontroversi mengenai 1MDB dalam wawancara dengan The Star Online, yang disiarkan pada hari Ahad lalu.
Pengarah komunikasi strategik BN itu mendedahkan bahawa terdapat satu percubaan untuk menjadikan perdana menteri penjenayah melalui draf kertas pertuduhan, yang mungkin bukan satu dokumen sah.
Menurut Abdul Rahman, oleh sebab itu, mereka terpaksa "mengambil beberapa langkah awal supaya ia tidak berlaku."
Dengan berbuat demikian, beliau memberi justifikasi kepada penyingkiran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, pembubaran pasukan petugas 1MDB dan juga penangkapan, penahanan dan pemindahan pegawai-pegawai SPRM yang pada masa itu terlibat dalam siasatan tersebut.
Ini adalah amat mengejutkan dan mengaibkan kerana beliau seolah-olah mengatakan bahawa PM tidak boleh atau tidak patut disiasat kerana siasatan tersebut menjadikan PM penjenayah ataupun “menjatuhkan kerajaan.”
Kenyataan Abdul Rahman itu juga jelas keterlaluan satu kenyataan luar biasa.
Tidak ada sesiapapun yang mengatasi undang-undang termasuklah PM dan apa-apa siasatan terhadap beliau tidak harus disalahtafsirkan kepada orang awam sebagai tindakan menjadikan PM penjenayah atau “menjatuhkan kerajaan.”
Apabila mana-mana agensi penguatkuasaan memulakan penyiasatan, tujuannya adalah untuk sentiasa membina kes dengan mengumpul bukti dan dalam proses itu, suspek boleh dijadikan penjenayah dan didakwa.
Adalah lebih tidak masuk akal jika agensi penguatkuasaan tidak boleh menjadikan mana-mana suspek dalam mana-mana siasatan (dengan syarat terdapat bukti yang mencukupi) sebagai penjenayah kerana tindakan itu akan mensia-siakan siasatan tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan dan mengaibkan adalah pengakuan beliau terhadap "langkah awal" yang diambil. Ianya secara jelas merupakan kesalahan secara prima facie menghalang siasatan di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan dan/atau seksyen 48 Akta SPRM.
Kerajaan perlu berlaku jujur dengan mengeluarkan dokumentasi sokongan dan menjelaskan dengan sebaiknya berkenaan RM2.6 bilion yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi PM dan bukannya membiarkan PM dan menterinya membuat kenyataan demi kenyataan yang ganjil.
Salah satu ciri sesebuah negara bertamadun dan progresif adalah kedaulatan undang-undang, iaitu apabila negara ditadbir mengikut undang-undang dan bukannya dengan keputusan arbitrari individu di dalam kerajaan. Setiap warganegara juga adalah tertakluk kepada undang-undang, termasuk mereka dalam kerajaan.
Walau bagaimanapun, tingkah laku keterlaluan dan liar kerajaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah meninggalkan tanda tanya yang besar terhadap kedaulatan undang-undang di Malaysia.
Keputusan yang sewenang-wenangnya dibuat tanpa mengambil kira undang-undang dan proses yang sewajarnya. Oleh itu, negara kita sudah tentu jatuh ke lembah keruntuhan sebagai sebuah negara yang gagal tanpa kedaulatan undang-undang.
ERIC PAULSEN pengarah eksekutif Lawyers for Liberty.
Arab saudi tu bukan ker wahabi?
ReplyDeleteKutuk wahabi bukan main....duit derma wahabi ambik jugak....
Donia....donia
Arab saudi bkn syiah ke.aku rasa negara arab byk yg syiah.baru je aku dengar cerita wahabi sejak kes maza.mana ustaz2×aku rasa elok buat ceramah tentang perbezaan ini.nega arab juga byk berperang sbb perbezaan pandangan ini.rasanya ada yg sunnah juga.apapun perbezaannya umum rasanya berpendapat duit derma itu adalah rasuah n salah guna kuasa
ReplyDeletePemimpin yang suka cakap bohong wajib ditolak. Bercakap bohong itu amalan orang yang tidak beriman.
ReplyDeleteMula2 tak ngaku ada duit masuk...
ReplyDeleteMaka sibuk lah hulubalang2nya mengatakan itu fitnah...dijaja sana sini
Bila terbongkar kes no account dan bank penerimanya..maka sekali lg hulubalang2nya sibuk mempertahankan Najib dgn mengatakan itu derma utk tujuan politik dan telah dibelanjakan dgn berbagai kaedah utk tujuan politik.
Sekali lg bila rakyat tidak percaya dgn kenyataan itu..hulubalabg2nya cuba lg mereka2 cerita baru dgn mengatakan itu adalah derma dari arab saudi utk tujuan memerangi isis dan agama.
Lihat..dari satu cetita ke satu cerita..satupun tak masuk akal. Cerita2 lebih utk mrlarikan dan menyelamatkan diri
Juga lihat bagaimana bercelarunya cerita2nya. Sekejap itu...sekejap ini jawapannya.
Kesimpulannya:
Hulubalang2nya sendiri sebenarnya tidak tahu cerita sebenar
Ha4
DATOK SERI ini sudah jadi pangkat kunpulan orang orang Bahalol sudah
ReplyDeleteSemua DATOK SERI sudah cakap cakap macam budak BODOH
Satu per satu bunyi orang BODOH
Nak TIPU RAKYATnpon pakai lah OTAK sikit jangan ikut gaya KONTOL , ada angin naik ada angin turun
Di PATOK BIK MAMA aka BADAK mati KIOK budak KONTOL DATOK SERI nanti
Siapa punyea anak DATOK SERI BODOH nih??????????
Buat malu mak bapak saja.... Ngentot atas POKOK kot.
puak umno dengan tidak berakhlaknya meMAKSUMkan najib ... najib yang buat salah, najiblah sepatutnya dihukum .... sekarang nak tuduh siapa yang buat onar itu ......??? bunuh altantunya bolehlah tuduh orang lain....sekarang nak tuduh siapa....??? TUDUH NUAR YANG DOK DALAM JEL KE....?????????????
ReplyDeleteBoleh percaya ke dgn istilah 'wang derma'....atau sebaliknya wang derama.
ReplyDelete