Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 18, 2015

Draf pertuduhan ke atas Najib memang wujud?

Rahman seolah sahkan wujud draf pertuduhan ke atas Najib

 | August 17, 2015
Kenyataan Rahman Dalam menerusi temubual dengan akhbar The Star menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan.
RAHMAN-DAHLAN_najib_600
PETALING JAYA: Kenyataan Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dilihat seakan-akan mengesahkan kewujudan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menerusi wawancara yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad mengakui akan kertas pertuduhan itu.
Katanya, Rahman mengaku Perdana Menteri terpaksa mengambil langkah demi menghentikan tindakan jenayah dikenakan ke atas beliau.
“Pendedahan oleh Menteri ini bukan sahaja membuktikan bahawa ada kebenaran juga di dalam kisah itu, walaupun mula-mulanya dinafikan tetapi ia juga menunjukkan penyalahgunaan kuasa sekali lagi oleh Perdana Menteri semata-mata untuk kekal di atas.
“Rahman Dahlan dengan penuh lagak memberi alasan bahawa Perdana Menteri wajar berbuat begitu demi menghentikan satu tindakan jenayah dikenakan ke atas beliau. Adakah kita perlu percaya bahawa Perdana Menteri boleh lakukan ikut suka beliau, sedangkan sebarang tindakan hanya akan diambil oleh pihak pendakwaan yang berkuasa?” soalnya.
Nik Nazmi berkata, sekiranya benar sekalipun Perdana Menteri mungkin dikenakan tindakan undang-undang melalui jalan yang sah iaitu tindakan mahkamah, kenapa Perdana Menteri boleh menghentikannya sesuka hati hanya kerana beliau tidak berkenan?
Katanya, jika Peguam Negara tidak mempunyai bukti yang kukuh, buktikanlah perkara itu di mahkamah.
“Tindak-tanduk Najib yang bermatlamat menjaga kesejahteraan politik beliau kini membawa kesan-kesan yang buruk kepada negara terutamanya dengan kemusnahan institusi-institusi awam termasuklah Jabatan Peguam Negara, SPRM, BNM dan juga Polis negara, yang mana kesemuanya telah dikompromi demi politik.
“Perlu saya ingatkan di sini bahawa sehingga kini tidak satu bukti pun dikeluarkan oleh Rahman Dahlan dan kerajaan BN, bahawa terdapat dokumen yang telah diubah berkenaan 1MDB atau bukti bahawa terdapat percubaan untuk menggulingkan kerajaan.
“Kita juga perlu ingat bahawa sebarang pendedahan jenayah berkenaan Perdana Menteri tidak patut disamakan dengan serangan ke atas kerajaan mahupun negara.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap penyalahgunaan kuasa yang melampau agar menunjukkan sokongan terhadap Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini.
Himpunan tersebut kata Nik Nazmi, sedang menumpukan usaha untuk memperkasakan demokrasi negara dan institusi-institusi awam, serta memanggil undi tidak percaya kepada Perdana Menteri secara terus daripada rakyat Malaysia.

# itulah bila cakap banyak dan terlalu mengampu, kankah terbabas dan terkantoi!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa