Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 19, 2015

PAS perlu presiden baharu

Published: 18 August 2015 5:00 PM
Ibnu Yusuf Al-Samari

Saya mohon mencadangkan sesuatu yang sangat drastik. Sebagai ahli biasa, ini adalah saluran terbaik yang saya ada untuk mengharapkan ianya didengari. Cadangan saya ialah agar PAS memulakan langkah menukar presiden sedia ada, YB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemimpin baharu yang lebih dinamik, terbuka, mesra dan berdaya saing dalam kepimpinan.
Sebaiknya daripada kalangan agamawan seperti ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man atau tokoh ekonomi seperti YB. Husam Musa atau tokoh muda seperti Saudara Salahuddin Ayub . Oh ya, YB Husam mungkin akan menyertai parti baharu yang mungkin dinamakan sebagai Parti Amanah Rakyat bersama-sama dengan Salahuddin Ayub. Jika begitu, sesiapa yang layak dan mampu menggantikan ketokohan mereka nanti, dialah yang saya fikir termasuk dalam senarai pendek presiden menanti.
Kenapa saya menyarankan pandangan ini? Asas saya tidak susah. Ianya merujuk kepada kegagalan ustaz Abdul Hadi bertindak menjaga parti daripada terdedah kepada perpecahan dan kelemahannya membiarkan kekaburan dalam matlamat jangka pendek parti serta strateginya. PAS masih seperti dilambung ombak. Nakhoda, walaupun seorang, jika gagal mengemudi bahtera, tiada makna kemudi di tangannya. Lepaskan sahaja kepada tangan lain.
Dalam suasana Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang lemah dan bagi saya paling lemah sepanjang 20 tahun kegemilangan parti, kekeringan  tokoh ekonomi dan strategis serta kecelaruan pemikiran politik dan organisasi yang tiada sekata antara ahli dan pimpinan,  PAS perlu disuntik dengan dos yang tinggi, dari atas.
Presiden baharu perlu menyusun semula organisasi parti secara betul. Jauhkan puncak pentadbiran daripada dikuasai sekelompok kecil pemuda berkelulusan Timur Tengah yang gagal memandu parti bergerak betul. Kembalikan sokongan anak muda kepada parti melalui keterampilan presiden baharu mesra pemuda dan golongan generasi Y. Jangan bina tembok pemisah antara parti, tanzim, ahli dengan masyarakat awam biasa yang langsung tidak mengenali apa itu tanzim dan jamaah.
Jika PAS adalah platform perjuangan Islam sebenar, mata rantai perjuangan Rasulullah saw, dan bukannya  tokoh tertentu sebagai platform kekal, maka lepaskan ustaz Abdul Hadi daripada jawatannya sekarang dan bantulah beliau bertindak selaku Mursyidul Am parti dan tokoh gerakan Islam seluruh dunia.
Jika PAS mahu dibiarkan kepada beberapa orang bekas pelajar Timur Tengah mengemudinya, menentukan hala tujunya, atas sangkaan kononnya mereka adalah kumpulan ulama yang mengetahui segalanya, mendapat keberkatan dan dekat dengan Allah, maka jangan nanti terkejut masyarakat berpusu-pusu menyertai parti baharu berlandaskan perjuangan Islam gaya baharu.
Kita menggunakan khidmat ustaz Abdul Hadi kerana kehebatan ilmu dan pidatonya. Tiada siapa boleh menafikannya. Tetapi percayalah, akhirnya ilmu itu akan sampai masanya ia tidak lagi berkembang, sebaliknya mendatar dengan pengulangan fakta dan info yang diketahui sekian lama.
Percayalah juga, akhirnya seorang pemimpin yang paling baik untuk mengemudi bahtera bergoncang ini ialah yang mahir memimpin, mengurus dan mentadbir organisasi dan rakyat. Tidak berguna sokongan padu keliling pinggang jika pemimpin itu sendiri gagal menguasai parti dan melakukan reformasi dalaman demi pengukuhannya.
Terima kasih ustaz Abdul Hadi atas jasa dan pengorbanan. Kepimpinan dan lautan ilmu. Moga Allah merahmati Tuan Guru dan sentiasa dirahmati dalam perjuangan ini. Ustaz Tuan Ibrahim, kami belum nampak tokoh lain lebih baik bagi menjadi pengganti. Masuklah ke pejabat baharu dengan penuh keterampilan dan bijaksana, secepat mungkin.
Jika tuan sayang kepada Tuan Guru, ketahuilah, parti lebih memerlukan kasih dan sayang tuan selaku presiden bernafas baharu.
Jangan berlengah lagi. – 18 Ogos, 2015.

9 comments:

  1. Hadi sama macam najib.
    Sama2 gila jawatan

    ReplyDelete
  2. Yg penting aku menang pemilihan parti dan terus jadi presiden

    Kah4....

    Bila perpecahan demi perpecahan berlaku dan banysk ahli yg keluar parti maka menunjukkan kegagalan presiden.

    ReplyDelete
  3. Tungu Pas hancur tu lah tanda kemenangan buat umno dan berakhir nya jawatan hadi..
    Skrg hadi masih lagi dlm proces menjinakkan...cai2 utk tros walaaa...

    ReplyDelete
  4. Kemungkinan TGHA ni dilanda kesan saikoloji selepas serangan jantung di Istanbul pada 31/5/2014 dulu.
    1. Ubat yang terusan diambil beliau mungkin mempunyai kesan sampingan keatas cara dan gaya fikir beliau.Kemungkinan ini menampakkan cara fikir dan keputusan yang beliau buat sangat bertentangan dengan cara beliau sebelum sakit.

    2.Kesan saikoloji kedua mungkin kerana merasakan tempoh hayatnya pada kewajaran dari akibat serangan penyakit begini, mendesak rasa perlu segera melaksanakan apa apa yang mahu atau perlu dilaksanakan dengan segera. (Sementara ada hayatnya)

    Kemungkinan kemungkinan ini perlu dikaji dan sekiranya benar... sangat wajar beliau digantikan. Orang yang dah kurang sihat patut berehat.....

    ReplyDelete
  5. Saat Rasullullah saw wafat, berlaku krisis kepercayaan terhadap kepimpinan. Hanya yg beriman terus bersama dgn Islam. Yg lain jadi penentang kpd kepimpinan.
    PAS selepas kematian Nik Aziz, jg berlaku krisis kepimpinan. Hanya yg istiqamah saja yg kekal. Yg sebahagiannya hanyut dgn pelbagai alasan.

    ReplyDelete
  6. Menjauhkan diri dari orang nyanyok lagi baik dari terlibat dengan kenyanyokan mereka. Tambahan pula yang nyanok bukan darah daging atau jiran terdekat kita!!

    ReplyDelete
  7. Wahai penulis,

    Bukan parti tak nak tukar Presiden, tapi menantu Ustaz Hadi dan anaknya tak akan benarkan perkara itu berlaku. Sila hidup dlm alam realiti.

    ReplyDelete
  8. Dap anjing ghb anjing dap,amanah anjing dap,Mat Sabun ponai anjing dap

    ReplyDelete
  9. Lu pun anjing dap. Bodoh mcm anjinf

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa