Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 19, 2015

Juruterbang mabuk mekanik putus tangan

Tangan putus gara-gara juruterbang mabuk
19 OGOS 2015

Keadaan pesawat yang sedang dibaiki Jan Fiala

KOSICE - SLOVAKIA . Seorang mekanik pesawat putus tangan dan cedera parah di muka selepas seorang juruterbang mabuk menghidupkan enjin pesawat. 

Menurut laporan Dailymail, Jan Fiala, 52, sedang membaiki enjin sebuah pesawat ringan apabila ia dihidupkan ketika kejadian.

Fiala kemudian dihantar ke sebuah hospital di Bratislava dan kini berada dalam keadaan stabil.

Jurucakap hospital memberitahu bahawa kecederaan Fiala 'sangat dahsyat' di bahagian tangan dan parah di bahagian muka.

Menurut polis, juruterbang tersebut yang juga merupakan seorang veteran mempunyai bacaan 1.38 permile alkohol ketika kejadian.

Polis kini mengumpul bukti untuk mendakwa juruterbang tersebut.

1 comment:

  1. LAWAK

    LAWAK

    LAWAK

    PILOT MABOK DOK GILA BACA PASAL UMNO DAN 1MDB lah tu....

    Kepala Otak!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa