Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 19, 2015

PAS bahtera penyelamat negara?

“Rombakan Kabinet: Bersama PAS Selamatkan Negara”
Posted on Wednesday, July 29 @ 12:51:53 MYT by paktam
Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebenarnya hanyalah langkah untuk menyelamatkan beliau sendiri dan bukan untuk menyelamatkan Umno, jauh sekali menyelamatkan negara serta memberikan keyakinan kepada rakyat. 

Secara zahirnya, golongan digugurkan beliau ialah mereka yang membangkitkan persoalan-persoalan berlegar di kalangan rakyat berhubung ketelusan pengurusan kewangan membabitkan wang pembayar cukai.

Keraguan rakyat berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh diselesaikan dengan penyusunan semula kabinet. Suara-suara menentang mungkin boleh disenyapkan di dalam kabinet, namun ia tetap menjadi persoalan utama yang akhirnya akan mencetuskan kebangkitan rakyat.

Ditambah pula dengan isu-isu lain seperti skandal pembelian hartanah MARA, Tabung Haji, Felda Global Venture (FGV), kenaikan kos sara hidup, kenaikan tol dan sebagainya. Rakyat sebenarnya boleh menjatuhkan hukuman ‘total’ kepada Umno dan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Jelas sekali, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno tidak berhasrat untuk menyelamatkan negara. Beliau hanya ingin diselamatkan dirinya dan kepentingan golongan yang berkaitan. Tiada harapan lagi untuk ahli-ahli Umno kepada kepimpinan yang jujur dan telus dari Presiden mereka pada hari ini.

Tiba masanya untuk beralih kepada bahtera penyelamat yang sebenar. Kuasa politik umat Islam wajib diberikan keutamaan. Sampai masanya untuk PAS menjadi alternatif sebenar kepada seluruh pengundi, sama ada untuk umat Islam khususnya mahupun masyarakat majmuk berbilang agama, Melayu mahupun bukan Melayu, ahli Umno yang ingin berhijrah mahupun mereka hanya ingin menterjemahkan sokongan melalui kotak undi.

Mari membina Malaysia Baru. Malaysia yang bebas dari korupsi. Malaysia yang berkebajikan. Malaysia yang ditunjangi kuasa politik Islam sebagai asas penyelamat. Tiada harapan lagi bagi Umno di era kepimpinan ini.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

5 comments:

  1. Pengaruh Hassan Jati dah masuk kedalam PAS.

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah...kelakar la you ni...

    ReplyDelete
  3. Having read this I believed it was really enlightening. I appreciate you spending some time and energy to put this
    short article together. I once again find myself personally spending a lot of time both reading and leaving comments.

    But so what, it was still worth it!

    Also visit my webpage; ceuticell reviews

    ReplyDelete
  4. urus kelantan dululah..mangsa banjir apa citer,nak masuk musim tengkujuh

    pulok doh...org yg tolong digelarnya MB swasta..

    ReplyDelete
  5. Orang Orang Kepala BATU gaya Zaman Batu saja percaya pada PAS

    Tuk orang Bahalol saja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa