Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 7, 2016

Amanah khadam DAP, bukan saingan PAS.......PAS pula khadam sape?

Hahaa......kalau dah PAS kuat bukan saingan Amanah, ape ker jadahnya pula PAS dok kalut hantam Amanah siang malam?
Kalau kata BN/UMNO saingan PAS, nape pula dok asyik sokong dan menikus?
Yang terang dan nyata PAS dah ambil alih tugas UMNO hentam pembangkang......jadi siapa dia PAS?

Amanah ibarat khadam DAP, bukan saingan kepada PAS - Hadi Awang
Harits Asyraf HasnanAstro Awani |  April 07, 2016 07:55 MYT  
Amanah ibarat khadam DAP, bukan saingan kepada PAS - Hadi Awang
HADI: Kita juga akan menjadi semak dan imbang kepada mana-mana kerajaan yang akan dibentuk nanti. -Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
BINTULU: Parti Amanah Negara (Amanah) bukanlah sebuah parti yang memberi saingan besar kepada PAS pada Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rakyat juga telah menyedari bahawa Amanah ibarat khadam kepada parti DAP.

"Kita tidak menganggap (Amanah) sebagai satu saingan yang mencabar pada pilihan raya ini. Khususnya apabila rakyat, terutama yang beragama Islam (dan) kaum Bumiputera, menyedari bahawa Amanah merupakan khadam kepada DAP," katanya pada Majlis Pengumuman Calon PAS PRN Sarawak ke-11 di sini pada Rabu.

Mengulas berkenaan aspirasi PAS jika berjaya memenangi kerusi pada PRN Sarawak kali ini, Abdul Hadi berkata walaupun secara jelas PAS tidak mampu membentuk kerajaan negeri, namun parti itu akan memastikan pandangan dan mesej yang dibawa didengari kerajaan negeri.

"Kita tahu, kita ada 11 kerusi sahaja. Kalau kita menang semua kerusi pun, kita tahu kita tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Tapi ingat, kalau kita menang kita akan pastikan suara rakyat yang kita sampaikan didengari oleh kerajaan negeri.
Menurut Hadi, walaupun secara jelas PAS tidak mampu membentuk kerajaan negeri, namun parti itu akan memastikan pandangan dan mesej yang dibawa didengari.

"Kita juga akan menjadi semak dan imbang kepada mana-mana kerajaan yang akan dibentuk nanti," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Selain yakin PAS mampu memberi saingan kepada parti lain, Abdul Hadi berpandangan beberapa kerusi DUN Sarawak akan dapat diduduki kali ini.

Seorang calon bukan Islam dan seorang wanita adalah antara 11 yang menjadi sandaran buat PAS dalam usaha untuk bertapak dalam politik Sarawak pada pilihan raya negeri kali ini.

Lima daripada 11 calon itu berusia di bawah 35 tahun terdiri daripada pelbagai latar belakang dan merupakan kalangan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.
PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu.

8 comments:

  1. hadi ni hidup diawang2an. dia ingat umno nak dengar sangat cakap dia. najib skrg tengah lemas nak tenggelam. siapa sj yg lontar tali penyelamat dia akan capai

    ReplyDelete
  2. khadam Allah ... itu pun tak tahu lagi ke ... patut la asyik nak sanjung Si Cina Guan Eng jer... memang bangang rupnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 3:26 PM

      Ooo.....patutler. Ada lesen besar rupanya. Itulah sebab maki orang pun tak apa, label orang pun tak apa dan kedarah balak pun ok......maksum rupanya!

      Delete
    2. Khadam allah??.....macam anbiya?......Patut pun tak jalan lagi hudud.......dok bela penzalim je.....xkan khadam Allah macam makan dedak je?

      Delete
    3. Baru aku tau...... ramai khadam Allah yg makan dedak. Khadam Allah ni makhluk juga kan? Dr segi bercakap dan berhujah macam tak beriman je!.......

      Delete
  3. orang yg kuat biasanya tak menunjuk nunjuk kekuatan nya..dan tidak juga menuduh orang lain lemah.
    hanya penakut yg mengaku dirinya kuat.
    tidak di jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah allah.itu dalam konsep kejadian manusia yg sememang nya menjadi hamba allah.
    didalam konsep politik kenegaraan..tidak kah pas sedar bahawa kebanyak rakyat mengetahui yg pas sebenarnya mengambil alih tugas umno bn dalam memburuk menghina pakatan rakyat sebelum pas keluar.dan sekarang pakatan harapan pula.
    tidak kah pas sedar bahawa secara lansung dia telah nenjadi khadam.(balaci) kepada umno.
    benda depan mata.takkan tak nampak.
    secara rasmi nya pas menjadi khadam atau hamba sahaya balaci kepada umno setelah presiden pas dengan gembira mengistiharkan pas sebagai penasihat umno.
    tak gitu?

    ReplyDelete
  4. Siapa beri permit jadi khadam Allah . xda rupa perangai nabi nabi dn rasul . Perangai syaitan ada sama , mungkin khadam syaitan ..
    Plus khadam Umno

    ReplyDelete
  5. Siapa beri permit jadi khadam Allah . xda rupa perangai nabi nabi dn rasul . Perangai syaitan ada sama , mungkin khadam syaitan ..
    Plus khadam Umno

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa