Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 10, 2016

Guane........dah rasa panas kepala ke?

Burukkan PAC, satu perbuatan menjengkelkan – Hasan Ariffin

 | April 10, 2016
Ia dilihat merendah dan memburukkan proses bebas yang tidak berpihak kepada PAC.
hasan,tony
PETALING JAYA: Tindakan Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua memburuk-burukkan laporan PAC berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu perbuatan oportunis politik menjengkelkan.
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata, perlakuan politik seumpama itu dilihat merendah dan memburukkan proses bebas dan tidak berpihak yang dilaksanakan PAC, di mana Pua sendiri mengangkat sumpah sebagai anggotanya.
“Saya ingin menegaskan dan mengingatkan kepada Tony Pua keputusan dibuat oleh kesemua 14 anggota PAC secara sebulat suara atau konsensus dan beliau salah seorang daripada anggota yang mencapai konsensus itu,” kata Hasan dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Pua yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dilaporkan berkata beliau hanya 80 peratus berpuas hati dengan laporan jawatankuasa itu mengenai 1MDB.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu juga berkata siasatan PAC ke atas 1MDB menjadi sukar selepas pertukaran pengerusi jawatankuasa berkenaan.
Hasan berkata, jika konsensus jawatankuasa itu memerlukan penilaian terhadap sesuatu dokumen atau mendapatkan kenyataan saksi, beliau sebagai pengerusi akan memastikan ia disediakan dan pengambilan kenyataan dilaksanakan.
Pada peringkat itu katanya, jika terdapat anggota jawatankuasa merasakan keperluan memperoleh maklumat lebih terperinci, mereka akan mengutarakannya pada prosiding yang dijalankan, di mana objektif utama ialah bagi menyediakan analisa terperinci mengenai transaksi 1MDB untuk dibentangkan kepada Parlimen.
Beliau berkata, sepanjang pengauditan, PAC telah mematuhi segala proses terperinci dan jelas bagi memastikan ia bebas dan tidak berpihak.
“Kesemua anggota PAC secara konsensus telah menyatakan persetujuan dengan jelas tanpa sebarang paksaan dan keraguan serta dicatatkan melalui minit prosiding laporan yang disediakan dan hasil siasatannya,” kata beliau.
Laporan PAC mengenai 1MDB dibentangkan di Parlimen pada Khamis lepas. PAC dianggotai anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

# tengok air muka dia pun susah nak yakin!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa