Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 9, 2016

Kenapa hanya Zahid mahukan siasatan sedangkan Najib diam?

Saturday, 9 April 2016
KENAPA HANYA ZAHID MAHU SIASATAN, TAPI NAJIB BERDIAM DIRI SAJA?

Antara cadangan PAC dalam laporan yang dibentangkannya di Parlimen Khamis lalu ialah agar bekas CEO, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pengurusan lain dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB disiasat oleh agensi-agensi penguatkuasa dalam negara ini.

Siasatan itu ialah atas beberapa kelemahan pengurusan dan kekangan-kekangan yang dikesan dalam 1MDB di mana mereka perlu mengambil tanggungjawab daripadanya.

Tetapi, sehingga ini siapa yang sudah memberi reaksi positif mengenai siasatan itu?

Najib diam, menteri-menteri diam dan semua yang lain juga diam?

Polis, SPRM, Bank Negara dan yang lain-lain juga, mengapa masih mendiamkan diri?

Terutamanya Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, jka dalam hal-hal lain kelihatan begitu pantas memberikan reaksinya, tetapi mengapa dalam hal 1MDN ini masih  tidak berbunyi apa-apa?
Hanya Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang yang ada memberi reaksi mahukan siasatan dijalankan segera terhadap Shahrol Azral, tetapi malangnya suara beliau juga tidak disambut oleh sesiapa.

Kenapa hanya Zahid yang tampil dengan reaksi positifnya, manakala yang lain semuanya diam belaka?

Sementara Najib dan yang lain-lain seolah-olah cuba mengabaikan saranan penyiasatan oleh PAC itu, kenapa pula hanya Zahid Hamidi yang begitu pantas mahukan Shahrol Azral segera disiasat?

Najib pula, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap 1MDB, bukan saja tidak menyebut langsung mengenai saranan PAC mengenai siasatan itu, malah lebih ghairah untuk membersihkan dirinya sendiri tentang jumlah hutang RM42 bilion dan mengambil kesempatan untuk membidas Tun Mahathir Mohamad.

Bukankah sebagai pihak yang paling bertanggungjawab terhadap 1MDB, beliau sepatutnya segera menyambut saranan PAC mengenai siasatan tersebut?

Apakah yang ditakuti oleh mereka ini untuk memberi reaksi positif dan mengalu-alukan agar siasatan segera dijalankan?

Adakah kerana bimbang jika siasatan akan dimulakan, lebih banyak lagi perkara-perkara lain terbongkar akhirnya?

Atau mungkinkah yang paling dibimbangi ialah Artikel 117 M & A 1MDB yang antara lain menyebut, " kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri adalah diperlukan bagi sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia. Atas tujuan ini, penentuan maksud kepentingan negara, keselamatan negara dan polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia hendaklah dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia."

Dalam hal ini, meskipun laporan PAC tidak menuding jari secara langsung kepada Najib dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri, bukan oleh Lembaga Pengarah, CEO atau sebagainya.

Sehingga hari ini pun Najib masih lagi berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi yang boleh meyakinkan rakyat mengenai penyiasatan yang dicadangkan oleh PAC itu.

Mengapa itu berlaku? Bukankah berbanding membidas Tun Mahathir mengenai jumlah hutang, menyokong penyiasatan dan mencari kebenaran adalah jauh lebih penting?

Adakah berdiam dirinya banyak pihak, termasuk Najib sendiri dalam aspek penyiasatan itu merupakan  tanda-tanda awal cadangan PAC itu  bakal tidak disambut dan terbiar berlalu begitu saja? (SH 09/04/2016) - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa