Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 7, 2016

PAC mahu bekas CEO 1MDB disiasat

Siasat bekas CEO 1MDB termasuk yang berkaitan – PAC

April 7, 2016
Terdapat kelemahan dan kekangan-kekangan dalam 1MDB dan pihak pengurusannya perlu mengambil tanggungjawab di atas kelemahan itu.
shahrol-hilmi,pacKUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta pihak agensi penguat kuasa menyiasat mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak pengurusan lain atas kelemahan-kelemahan pengurusan syarikat itu.
PAC mendapati, terdapat kelemahan dan kekangan-kekangan dalam 1MDB dan pihak pengurusannya perlu mengambil tanggungjawab di atas kelemahan itu.
PAC turut mencadangkan Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan, bersama artikel 117 di dalam memorandum artikel syarikat.
Cadangan dan rumusan itu terkandung dalam laporan PAC berhubung kawalan pengurusan tadbir urus 1MDB yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.
“Segala rujukan kepada YAB Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan),” menurut jawatankuasa Parlimen itu dalam Laporan
Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, yang diedarkan di Parlimen di sini hari ini.
Laporan itu turut dimuat naik di laman web Parlimen www.parlimen.gov.my.
Artikel 117 di bawah memorandum dan artikel 1MDB antara lain menetapkan semua keputusan mengenai lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB, serta sebarang komitmen kewangan termasuk keputusan pelaburan 1MDB boleh mempunyai kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri.
Dalam laporannya, PAC mendapati, pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan Lembaga Pengarah atau pun bertindak sebelum kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah.
“Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci (termasuk penelitian impak terhadap aliran tunai syarikat) dan beberapa keputusan besar telah dibuat melalui resolusi bertulis,” menurut laporan itu.
PAC juga berpendapat, penggunaan hutang yang berlebihan di dalam struktur modal tidak boleh dibenarkan sama sekali, lebih-lebih lagi apabila aliran tunai syarikat tidak mencukupi.
Ia juga menyarankan kawal selia yang lebih rapi oleh lembaga pengarah termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang.
Bagaimanapun, PAC mendapati kerajaan telah mengambil langkah serta merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.
Pengurusan tertinggi baharu 1MDB telah dibawa masuk selepas itu, sebelum pelan rasionalisasi dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa