Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 11, 2016

Senangnya Melayu ditipu penyangak!

MP Kuantan diugut ekoran moratorium dilanjutkan
10 April 2016 | BORHAN AHMAD.
Fuziah sertai jalan kaki dari Kuantan ke Parlimen.

Perlanjutan tempoh moratorium (pergantungan) perlombongan bauksit di Kuantan selama tiga bulan lagi selepas tempoh pertama gagal mencapai sasarannya disambut gembira oleh pejuang perlombongan bausit yang tidak merosakkan ini, namun ia terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.

Ini kerana, para pejuang ini dianggap sebagai punca yang menyebabkan perlombongan bausit ini tidak boleh diteruskan oleh pelombong dan pihak yang berkepentingan dengannya.

Ekoran itu, pelbagai ugutan disasarkan kepada mereka oleh pihak yang tidak berpuashati ini.
Red2Green logo
Dan sasaran mereka yang utama adalah ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mengetuai kempen jalan kaki Red2Green. Beliau didakwa orang yang menghalang perlombongan ini sehingga morotorium terpaksa disambung oleh kerajaan.

"Kami telah dianggap sebagai punca morotorium ini disambung. Terima kasih kerana mengiktiraf kerja kami," kata Fuziah kepada Malaysia Dateline ketika mengulas isu ini.

Fuziah mengaku beliau tidak menerima ugutan secara langsung tetapi beliau mendapat maklumat ada pihak-pihak tertentu yang mensasarkan beliau dalam isu ini.

Beliau tidak hadapi masalah dengan syarikat-syarikat besar kerana mereka berjumpa secara langsung dengannya dan cuba meyakinkan beliau perlombongan yang mereka lakukan tidak akan merosakkan alam sekitar tetapi orang kampung yang menjadi pemilik tanah yang ditipu oleh orang tengah mensasarkan beliau dan rakan-rakannya.

"Persatuan pelombong yang disertai oleh syarikat-syarikat yang besar berjumpa dengan kami dan cuba meyakinkan saya mereka akan mematuhi peraturan manakala orang kampung yang tertipu pula dia api-apikan oleh penipu mereka bahawa sayalah punca tanah lombong mereka tidak boleh diusahakan," kata Fuziah mencerita keadaan ugutan itu.

Menurut Fuziah, pemilik tanah yang tertipu oleh orang tengah ini diapi-apikan oleh penipu mereka dengan mendakwa beliaulah punca dan penghalang perlombongan ini.

Menurut Fuziah, beliau tidak memandang ringan ugutan ini kerana sepanjang perlombongan bauksit ini, sekurang-kurang seorang telah ditembak mati manakala seorang lagi telah pecah kepala kerana ditetak ekoran pergaduhan dan perebutan kawasan antara pelombong dan pekerja mereka.

Fuziah bersama kira-kira 50 peserta dengan disokong oleh 25 NGO menganjurkan jalan kaki dari Kuantan ke Parlimen Malaysia 12 hingga 28 Mac lepas bagi menyerahkan memorandum 'Selamatkan Kuantan'.

Memorandum itu menuntut supaya tempoh moratorium dilanjutkan kerana tempoh pertama moratorium selama tiga bulan itu telah gagal mencapai sasarannya.

Ekoran itu, semalam Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang tamat pada 15 April ini disambung tiga bulan lagi.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet.

Pelanjutan tempoh moratorium itu antara lain bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada yang berjumlah hampir empat juta tan metrik "dikosongkan" atau dieksport.

"Kementerian akan membantu pengeluaran bauksit dan memberi AP (permit eksport) mengikut kapasiti bulanan pelabuhan," katanya dalam sidang media di kementerian itu di sini Jumaat lepas.

Wan Junaidi berkata ketika ini terdapat tiga kawasan penyimpanan stok bauksit iaitu di Pelabuhan Kuantan yang berjumlah 28,905 tan metrik, di luar Pelabuhan Kuantan (1,318,463.43 tan metrik) dan di kawasan lombong (2,309,270 tan metrik).

Beliau berkata semua stok simpanan itu perlu 'dikeluarkan' bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan untuk mengelakkan pencemaran terhadap alam sekitar.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa