Tuesday, February 7, 2017

Akhirnya Jamal kotakan apa yang dikata.......

Jamal muktamad letak jawatan demi nama baik parti 
Israr KhalidAstro Awani |  Februari 07, 2017 18:13 MYT
Jamal muktamad letak jawatan demi nama baik parti
Jamal muktamad meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi BN Sungai Besar. - Gambar AWANI / SHAHIR OMAR
AMPANG: Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos muktamad meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar.

Kata Jamal, dia tekad dengan keputusannya itu kerana tidak mahu nama baik dan maruah UMNO dan BN tercalar dek tindakannya ditahan polis kerana menyerbu pusat judi di Ampang tempoh hari.

"Saya tak mahu libatkan apa yang berlaku kepada saya dengan UMNO, saya bergerak dengan kawan-kawan saya atas nama NGO.

"Yang penting bukan jawatan saya, tetapi hidup saya adalah demi rakyat negeri Selangor," kata Jamal dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

BACA: Jamal umum mungkin letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar

BACA: Jamal dan pengikut didakwa 'samun' barang berharga dari premis yang diserbu


Bagaimanapun beliau menyerahkan segalanya kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar untuk keputusan selanjutnya.

Jamal juga memaklumkan akan menghantar surat perletakan jawatan esok dan akan berjumpa Tan Sri Noh Omar dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Jamal mengumumkan kemungkinan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar serta semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang.

Jamal  membuat pengumuman selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira pukul 7 malam semalam.

1 comment:

  1. Dah kena tekan la tu... Alangkah baiknya jk najib pun bertindak serupa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa