Friday, February 10, 2017

Diugut saman, Husam tak berganjak. Malu besar kalau PAS tak berani saman!

Friday, 10 February 2017
MALU BESAR JIKA PAS TAK BERANI SAMAN HUSAM
Wahhh....belum pun menerima surat notis atau tuntutan saman daripada Pas, tetapi Husam Musa dengan pantas telah tampil menyatakan pendirian tidak akan berganjak daripada dakwaan yang dibuatnya terhadap parti Islam itu berhubung wang RM90 juta yang didakwanya disalurkan melalui Affin Bank.

Kata Adun Salor dan Penasihat Amanah Kelantan itu, beliau akan mempertahankan apa yang diucapkannya semasa berceramah di Selising, Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran  isu yang berbangkit, kata Husam dalam kenyataan melalui Facebooknya.

Tidak seperti Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang berdalih-dalih dengan kenyataannya sendiri apabila diancam saman oleh Mukhriz Mahathir sebelum ini, Husam sebaliknya lebih menampakkan keberanian dan sikap tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Apakah segala bukti-bukti sudah ada dalam tangan Husam?

Apa pun, malu besarlah Pas jika tidak berani atau masih bertangguh-tangguh untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam yang seolah-olah memang menunggu saman terhadapnya bagi membuktikan kebenaran yang tentunya ditunggu-tunggu oleh semua. (SH 10/02/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 15:56

Diancam saman, Husam tak berganjak
mk -  Hari ini, 3:35 petang
Diancam saman dan digambarkan berdepan dengan nasib seperti Sarawak Report, hari ini bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa tampil memberi penegasan.

Kata ADUN Salor itu, beliau akan mempertahankan apa yang diucapkannya semasa berceramah di Selising, Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

"Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu berbangkit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peguam parti itu sedang meneliti kenyataan dibuat Husam mengengai isu dana RM90 juta yang dikaitkan dengan parti berkenaan.

Kata Tuan Ibrahim, kenyataan Husam itu adalah "tuduhan jahat" dan "fitnah.

Saman ke atas Husam itu, katanya, akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.

Beliau yang dipecat daripada PAS pada Mei tahun lalu atas dakwaan melanggar disiplin membayangkan butiran mengenai dana itu akan muncul menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semalam Tuan Ibrahim berkata PAS menganggap kenyataan Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat Sarawak Report sebelum ini.

Mungkin tanpa penelitian 

Katanya, PAS menafikan sekeras-kerasnya "tuduhan jahat Datuk Husam Musa" bahawa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

"PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," katanya.

Husam berkata beliau menganggap kenyataan Tuan Ibrahim semalam dibuat tanpa penelitian.

"Kemungkinan beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit," katanya.

Husam juga berkata, beliau tidak pasti sama ada kenyataan Tuan Ibrahim mengenai tindakan mahkamah ke atasnya itu adalah bersifat peribadi atau pendirian rasmi PAS.
Isu dana RM90 juta itu mula ditimbulkan oleh laman sesawang Sarawak Report yang sebelum ini giat membuat laporan mengenai salah laku yang dikaitkannya dengan kerajaan.

Ia disiarkan pada Ogos 2016.

Ekoran laporan itu PAS menyatakan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web berkenaan.

Kata Tuan Ibrahim ketika itu, PAS menganggap laporan Sarawak Report itu sebagai palsu dan berniat jahat, selain menjadi agenda untuk terus mengaitkan parti berkenaan dengan Umno.

Pada 13 Ogos 2016 Malaysiakini melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan.

Menurut Abdul Hadi, PAS akan memfailkan saman itu di England kerana difahamkan media tersebut berpusat di sana.

PAS juga, kata Abdul Hadi mengenali peguam kanan yang pernah ada hubungan dengan parti terbabit sebelum ini.

"Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini," kata Abdul Hadi.

PAS akhirnya dilaporkan menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown kira-kira empat bulan kemudian, iaitu pada 13 Disember 2016.

Kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, surat berkenaan dihantar kepada Clare menerusi alamat beliau di London, United Kingdom.

"Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

"Notis berkenaan turut menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita terbabit," jelas Takiyuddin seperti dipetik Harakahdaily.

Bagaimanapun pada 17 Disember Clare memberitahu Malaysiakini, surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satu political gesture.

"Saya menganggap tindakan mereka itu sebagai satu political gesture dan satu penyalahgunaan protokol yang mereka mahu eksploitasi," katanya.

6 comments:

  1. sbb tu org panggil barua atau anjing dap
    lks x saman2...berjiwa besar
    pas x saman terus label kemaluan besar
    ish...ish...duit duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tu barua siapa?

      Delete
    2. Kesian...akhirnya masuk petangkap UMNO geng2 ngaku lebai..memang kebijaksanaan penting nak jadi pilitician...bukan hanya tamak...

      Delete
  2. Tak saman pun takpa....pas memang takde kemaluang dah!

    ReplyDelete
  3. titm amat yakin krn mungkin duit itu tidak diberi kpd parti pas tetapi kpd beberapa individu pemimpin pas? Klu begitu mmg pas akan saman

    ReplyDelete
  4. Ade Husam sebut nama pemimpin Pas yg terima dana?....takda kan? Sama macam Presiden Pas tuduh calon PKR edar pil kuda&sokong komunis...ada sebut nama? Takda kan....? Agaknya cam mana kalau pas saman Husam? Ibarat mencangkul angin agaknya. Tapi duit punya pasal,kalau takda angin macam mana nak cangkul! Lawan tetap lawan!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa