Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

Bila masa pulak puak-puak menjadi cerdik?

Kenyataan 'kurang cerdik' pemimpin kurangkan sokongan kepada UMNO
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 01 DEC 2014

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau, Sabah, Nazliah Ali merayu pemimpin pusat dan Menteri Kabinet agar tidak membuat kenyataan yang 'kurang cerdik' sehingga mengurangkan sokongan rakyat kepada parti itu.
Beliau memberitahu, pergerakan itu di Sabah dan Malaysia khususnya bekerja keras siang malam sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) untuk memujuk orang ramai memberi sokongan semula kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, katanya, ketika rakyat mula menerima UMNO dan BN hasil usaha gerakan sayap parti itu, ada segelintir pemimpin terutama dalam Kabinet mengeluarkan kenyataan yang dianggap oleh orang ramai sebagai tidak cerdik.
"Saya minta Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak beri nasihat atau tegurlah pemimpin ini. Mereka inilah menyebabkan rakyat jauh hati dengan kita walaupun pada mulanya mereka sudah menerima UMNO dan BN.
"Bayangkan, ketika rakyat sudah menyokong kita, tiba-tiba ada pemimpin kata, kalau ayam mahal, jangan makan daging (ayam). Patutkah kenyataan seperti ini keluar dari mulut pemimpin?
"Siapa patut dipersalahkan kalau rakyat tawar hati dan tidak lagi menyokong parti kita? Bagaimana perasaan jentera parti yang bekerja siang malam memujuk mereka (rakyat), tetapi dengan hanya kenyataan seperti itu, semua kerja menjadi sia-sia?,” katanya.
Nazliah yang juga Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkata, pemimpin seperti itu perlu mempunyai Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Politik atau sekurang-kurangnya penasihat yang bijak serta tahu menjiwai masalah rakyat, bukan bercakap mengikut kehendak hati.
Walaupun beliau tidak menyebut siapa, tetapi umum tahu gerangan pemimpin dan menteri berkenaan ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.
Kenyataan itu kemudian menjadi viral popular di pelbagai laman sosial. - MalaysiaGazette

5 comments:

  1. Golongan cerdik dlm Umno sebenarnya ada dan mudah shj dikenali, iaitu mereka yg tidak bercakap langsung.

    ReplyDelete
  2. Kangkung turun harga! Siapa cakap? Cerdik ke atau kurang cerdik!

    ReplyDelete
  3. Aku x kata org umno tu semuanya bodoh..tapi ramai yg bodoh tu dtgnya dari umno..

    ReplyDelete
  4. ha ha ha ha

    lawak !!!!!

    bebudak bahalol dalam umno kata kawanan mereka bahalol.

    lawak,,,,,

    semua rakyat tahu bebudak umno semua nya bahalol , itu sebab ada umno.

    ReplyDelete
  5. puteri ni tak cerdik sebab dia tak nampak (atau pura2 tak nampak) yg pemimpin2 umno sangat cerdik mengisi kantung masing2 !!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa