Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

Komentar Menarik: Mampukah Najib?

Mampukah Najib Mengelakkan Penurunan 2 Peratus Undi Sedangkan 60 Peratus Masalah UMNO Berpunca Daripadanya?

Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO Sabtu lalu, Muhyiddin Yassin telah melontarkan cabaran yang kritikal kepada ahli parti itu iaitu hanya dengan penurunan 2 peratus undi saja lagi akan menyebabkan UMNO dan BN kecundang dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau menggambarkan bahawa berdasarkan trend sokongan yang kian merosot sejak pilihanraya 2008, penurunan hanya 2 peratus saja lagi akan menyebabkan BN hanya mampu menang 103 kerusi Parlimen saja dalam pilihanraya akan datang ini.

"Kurang daripada 112 kerusi bermakna kita kalah. Minta dijauhkan", kata Muhyiddin lagi.

Dalam pilihanraya 2008, BN menang sebanyak 140 kerusi manakala dalam pada 2013 pula menurun kepada 133 kerusi. Kerusi minima yang perlu dimenangi untuk menubuhkan kerajaaan ialah 112 kerusi.

Tambah Timbalan Presiden UMNO itu lagi, sekiranya UMNO bekerja kuat dan mampu meningkatkan sokongan pengundi sebanyak 2 peratus daripada sedia ada, jumlah kemenangan BN akan meningkat kepada 141 kerusi manakala jika berjaya meningkatkan sebanyak 5 peratus pula, ia meningkat lagi kepada 159 kerusi Parlimen.

Beliau kemudian melontarkan pertanyaan, bolehkah kehilangan 2 peratus itu bukan saja dielakkkan, bahkan ditingkatkan dalam tempoh hanya tinggal 39 bulan sebelum PRU 14 akan datang? Dalam masa yang sama, bolehkah juga pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO diperbetulkan?

Apa yang ditimbulkan oleh Muhyiddin ini bukan saja cabaran kepada seluruh ahli, pemimpin dan jentera UMNO seluruh negara tetapi juga merupakan hentakan yang barangkali ditujukan secara khusus kepada Najib selaku pemimpin utama parti dan kerajaan.

Ini kerana, mahu tidak mahu, harus disedari bahawa masalah dan persepsi negatif kepada UMNO dan kerajaan sekarang sebahagian besar berpunca daripada Najib sendiri. Beban yang ditanggung oleh UMNO dan kerajaan sekarang sekurang-kurangnya 60 peratus adalah berpunca daripada Najib dan segala kelemahan dalam dirinya.

Selebihnya mungkin berkaitan kelemahan beberapa pemimpin lain termasuk Muhyiddin sendiri, cara bekerja, budaya buruk parti, hal berkaitan kerajaan dan juga persepsi terhadap UMNO itu sendiri.

Selain itu, sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, beliau juga yang seharusnya lebih bekerja keras dan memikul tanggungjawab ke arah mencapai kemenangan cemerlang itu. Pemimpin dan jentera parti yang lain hanyalah sebagai tenaga tambahan saja.

Lihat saja bagaimana Mahathir bekerja keras mendekati dan memulihkan kepercayaan rakyat setelah beliau dianggap punca perpecahan UMNO pada 1988 dan kemudian sekali lagi apabila berlaku peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998.

Selepas kedua-dua peristiwa hitam kepada UMNO itu, dalam pilihanraya 1990 dan 1999, kejayaan akhirnya tetap berpihak kepada BN dengan tetap melepasi garisan dua pertiga berikutan kejayaan Mahathir memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya.

Sebaik mengambil pemerintahan pada 2009, walaupun menyedari antara punca penolakan terhadap Pak Lah ialah campurtangan menantunya, Khairy Jamaluddin dan kerakusan "budak-budak Tingkat 4" tetapi Najib memulakan era pentadbirannya dengan pelbagai cakap-cakap mengenai peranan dan campurtangan isterinya, Rosmah Mansor dalam pentadbiran kerajaan.

Ditambah dengan pelbagai gejala bermewah, berbelanja dan pembaziran melibatkan isteri dan keluarganya yang didedahkan satu demi satu kemudiannya, Najib terus dibelenggu dengan pelbagai masalah untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan.

Beliau bukan saja tidak belajar daripada apa yang berlaku kepada Pak Lah, malah bertindak lebih teruk daripada itu dengan membiarkan saja peranan dan penonjolan isterinya terus berleluasa sehingga kini.

Pelbagai kelemahan Najib yang lain seperti gagal meningkatkan ekonomi negara, pengurusan kewangan yang lemah, peningkatan hutang, pentadbiran kerajaan yang dipertikai, hubungan kaum yang merenggang, melantik pemimpin yang dipertikai sebagai menteri, gagal bertindak pantas menyelesaikan isu-isu dengan banyak berdiam daripada bertindak dan sebagainya lagi adalah antara deretan masalah yang menjadikan UMNO dan kerajaan terus dipertikaikan oleh rakyat.

Ditambah dengan perlaksanaan GST bermula April 2015 yang akan terus menjadikan kos hidup rakyat meningkat, setelah pelbagai kenaikan kos berlaku sebelum ini, sentimen rakyat lebih mudah membenci daripada menyokong UMNO dan BN.

Dalam pilihanraya pertama dibawah kendaliannya, Najib bukan saja menjadikan jumlah kerusi kemenangan BN menurun daripada 140 kepada 133, bahkan hanya mampu meraih 47 peratus undi popular.

Ini sekaligus menjadikan UMNO dan BN dibawah kepimpinan Najib bukan saja ditolak tetapi juga tidak lagi popular di mata rakyat.

Menjelang 39 bulan lagi sebelum PRU 14, di samping banyak masalah dan isu masih tidak selesai, pengundi muda yang kian kritikal serta anggaran kira-kira 6 juga pengundi baru yang majoritinya tidak lagi tertarik kepada UMNO, isyarat hanya peralihan 2 peratus pengundi akan menyebabkan BN menjadi pembangkang, seharusnya lebih ditujukan kepada Najib.

Tanpa Najib berubah dan menyelesaikan masalah berkaitan dirinya terlebih dahulu, tidak mungkin UMNO dan BN mampu melonjakkan sokongan rakyat terhadapnya. Yang mahu dielakkan cuma penurunan undi sebanyak 2 peratus tetapi beban daripada Najib sebanyak 60 peratus yang menyusahkan UMNO dan BN sebenarnya jauh lebih utama untuk diberi perhatian.

Jika Muhyiddin menanyakan ahli UMNO mampukah mereka mengelakkan penurunan 2 peratus itu, Najib seharusnya lebih utama ditanya daripada semua masalah yang berpunca daripadanya, berapa peratus pula yang boleh diperbaikinya dalam tempoh 39 bulan akan datang ini?

Kiranya Najib tiada jawapan mengenai persoalan ini, adalah sia-sia meminta ahli dan pimpinan UMNO bawahan berusaha mengelakkan penurunan 2 peratus yang dibimbangi oleh Muhyiddin itu? (SH 01/12/2014)

1 comment:

  1. Abe

    Jangan underestimate Najib walaupun dia nampok ngo. Satu perangai Najib, dia sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan diri dan batang t3ngkok dia sorang. Tidak ada apa yang dia tak sanggup korbankan kerana h3ndak menyelamatkan diri dia sorang. Apatah lagi, Najib sekarang m3mikul banyak masaalah besar. Dari cerita Altantuya s3hinggalah kepada mismanagement of the country economy. Every blunder he made is surfacing one by one now and the stench is very overpowering....Najib s3karang dalam k3dudukan lagi parah untuk menghadapi PRU 14 berbanding dengan PRU 13.

    Kita t3lah bol3h lihat preview ini sebelum dan selepas PRU 13 yang lalu. Ugutan seperti melayu akan hilang kuasa politik, d3monising the chinese, mengguma khidmat pakar buat kacau seperti Perkasa/Isma tu t3ktik biasalah. Tetapi t3ngok macamana Najib menabur duit untuk membeli sokongan rakyat, dia tabur duit macam tabur daun getah luruh. Yang paling killer sekali ialah BR1M. Setotok-totok Mahathir, sekering-kering hati Mahathir, dia tidak buang duit yang begitu banyak hanya untuk membeli undi secara besar-besaran dan menyeluruh melalui BR1M.

    Dengan tabur duit yang begitu banyak, Najib hanya dapat sokongan popular 47%. Bayangkan jika menghadapi PRU 13 lalu tanpa BR1M, tanpa melagakan orang melayu dan bukan melayu secara s3ngaja menggunakan semua cara yang ada termasuk menggunakan Perkasa, Isma.

    Tengok apa Najib buat setelah dia menang PRU 13. Dalam masa 6 bulan, dia naikkan harga RON95/Diesel. Dia naikkan tarif letrik. Dua perkara ini adalah p3nyebab utama kenaikan kos barangan asas! Campor pulak k3jatuhan ringgit Malaysia berbanding matawang dollar terutamanya, mau kos hidup rakyat tak m3ningkat. Ada Najib kisah beban kenaikan kos hidup rakyat s3lepas P4U 13!

    Satu lagi highlight s3jauh mana Najib sanggup buat untuk menyelamatkan diri dia sorang -:kita boleh lihat bagaimana Najib tanpa segan silu meniru s3bijik d3mi s3bijik manefesto PR dalam PRU 13 lalu, sedangkan dia xde pun niat untuk menunaikannya! Dia berjanji harga minyak tak naik. Lepas PRU 13, dia naikkan sebanyak 2 kali dah. Dia tarik perlbagai subsidi yang ada termasuk yang terbaru subsidi Ron 95/Diesel.

    Jika kita lihat kepada perjalanan PAU 2014 baru-baru ini, kita semua patut berasa bimbang dengan Najib. Sekarang Najib melihat bahawa satu-satu cara untuk kekal berkuasa dalam PRU 14 nanti hanya melalui undi melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak. Dia dah buat k3putusan untuk tidak mengharapkan undi bukan melayu terutama undi orang cina. Dulu dia mencuba juga, tetapi gagal. Apa maknanya jika dia meneruskan hasrat ini?

    Satu lagi ciri pemerintahan Najib, dia lebih banyak menumpukan kepada mendapat sokongan politik dari melaksanakan mandat PRU 13. Bab k3nduri harta n3gara juga s3makin totok dan rakus. S3mua perkara berkaitan negara dia pilih jalan senang je. Bila xmampu hendak bina ekonomi, bukan dia nak hapuskan ketirisan yang disengajakan s3banyak tak kurang dari RM 20 billion setahun itu, dia cekik rakyat d3ngan mengenakan GST. GST ni benda tak perlu kerana akan m3nidas rakyat dengan l3bih teruk lagi dari yang dihadapi s3karang. Kalau dia atasi masalah ketirisan tahunan seperti yang dilaporkan ol3h ketua audit n3gara, GST tak perlu pun.

    Jadi kesimpulannya, jangan underestimate Najib. Tiada taruhan yang k3cil baginya jika dia perlu menyelamat diri dan batang t3ngkok dia sorang!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa