Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

PAS : Terlalu angkuh untuk muhasabah?

PAS : Samada terlalu malas atau terlalu angkuh untuk muhasabah. 

Saya fikir PAS jarang muhasabah. Ada 'escapism' kenapa PAS sangat jarang muhasabah -  1) PAS malas muhasabah,  2) PAS terlalu angkuh untuk muhasabah.  

Satu ketika dulu, PAS mempunyai nama-nama masyhur seperti Dr. Asri (mantan mufti Perlis), Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR), dan ramai lagi.  Tetapi PAS gagal dalam pengurusan dan pentadbiran. 

PAS gagal untuk meletakkan bakat-bakat berharga ini sesuai pada tempatnya. 

Akibatnya, Dr. Asri keluar dari PAS, UZAR keluar dari PAS dan menyertai IKRAM, dan yang terbaru Dato' Tamrin Ghafar Baba juga keluar dari PAS dan menyertai GAP (Gerakan Anti Perkauman).  

Kegagalan PAS dalam pengurusan dan pentadbiran mengakibatkan PAS gagal mempertahankan Terengganu dan Kedah.  

Masalah terbesar PAS ialah mereka mempunya denial syndrome yang cukup tinggi. Mereka tidak tahan kritikan. Mereka anggap hanya mereka saja yang benar dan betul, terutamanya dalam bidang politik.  

Hasilnya, mereka memandang sinis pandangan luar sama ada penganalisis politik mahupun research organisation (badan kajian?).  

PAS mempunyai ramai ahli berkualiti, tetapi PAS adalah parti yang sangat lemah sama ada dalam Pakatan Rakyat sendiri mahupun dalam medan politik Malaysia.

Lihat saja forum ekonomi, yang sering muncul menjuarai isu ini adalah YB Tony Pua, YB Ong Kian Ming (DAP) dan YB Rafizi Ramli, YB Nurul Izzah (PKR), sementara PAS kadang-kadang diwakili oleh Dr. Dzulkefly Ahmad.

Di mana yang lain?  Adakah PAS ini hanya parti one-man-show sehingga banyak isu, hanya Dr. Dzulkefly nampak berkaliber untuk menerangkan kepada umum.  Jika PAS mengaku mempunyai banyak ahli berlatar-belakang ekonomi (sama ada graduan UK, US, Australia) tetapi tidak ditonjolkan mereka, maka PAS gagal dalam seni pengurusan persepsi.  

PAS mungkin tidak sedar, rakyat sedang menilai komponen parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang dilihat mampu menjuarai dan memberi solusi untuk menjadi dominan lantas memimpin Pakatan.  

Apabila saya bercakap tentang isu professionalisma, saya merujuk kepada isu-isu nasional seperti ekonomi, pendidikan, perundangan, kebudayaan, pertahanan negara dan dasar hubungan luar negara, bukan sekadar tertumpu pada isu-isu Gaza, Palestin, Syria dan Rohingya.  Kerana jika hendak menderma kepada negara-negara ini, saya lebih suka dan selesa memilih Aqsa Syarif dan IKRAM for Syria - saya tidak akan memilih Yayasan Amal atau Muslim Care yang menjadi platform PAS.  

Saya sedih melihat rakan-rakan saya di dalam PAS kerana mereka sangat berbakat, graduan dari luar negara, bahkan ada yang ditaja oleh Bank Negara dalam bidang ekonomi. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka ikhlas berjuang untuk parti. Tetapi saya salahkan PAS kerana PAS gagal menguruskan bakat-bakat berkualiti seperti ini, sama seperti PAS gagal menguruskan bakat-bakat seperti Dr. Asri, UZAR dan Dato' Tamrin.

Kalau PAS hanya sekadar menguruskan usrah, halaqah, tamrin, mukhayyam, saya cadangkan marilah sertai usrah dan halaqah ABIM, Haluan atau IKRAM.  Mungkin PAS terlupa bahawa mereka ialah parti politik yang berhadapan isu-isu pengurusan sebuah negeri atau negara.

PAS kini disibukkan dengan doktrin kepimpinan 'ulama, yang kredibilitinya terlalu lemah dan rapuh. Seolah-olah perjuangan mereka adalah menaikkan individu, bukannya untuk dasar-dasar yang disepakati.

Jadi, apa lagi yang PAS perjuangkan untuk orang-orang tertindas, miskin, lemah dan dizalimi?  Sudilah untuk membaca tulisan Ustaz Hasrizal @ Saiful Islam @ Abu Saif, graduan syari'ah dari Jordan yang menulis, "Dan selama saya berada di Jordan, universiti mengajar saya bahawa kepimpinan adalah urus tadbir, ia bukan Fiqh Ibadat, jauh sekali Aqidah. Urus tadbir ada ilmunya yang khusus, ada bakatnya yang khusus. Dan cara saya dan rakan-rakan berorganisasi semasa di bumi Anbiya’ dahulu, tidaklah menjadikan kami para agamawan lebih rendah atau lebih tinggi berbanding rakan-rakan di bidang dan negara lain".

Adakah masih ada masa depan untuk PAS sebagai parti politik? Ataupun PAS hanya sekadar menjadi JAKIM yang ke-2?  Berubahlah PAS, lakukan islah atau anda (PAS) hanya menanti untuk retak dan roboh. 

Terima dan belajar daripada kritikan orang lain meskipun orang luar PAS kerana mereka adalah pengundi anda.  Jangan hanya tahu mengharamkan buku itu dan buku ini saja. Buku tulisan Mohd Sayuti Omar (MSO) berjudul Kejatuhan PAS Kedah sepatutnya dikaji dan dikritik balik dengan hujah ilmiah berasaskan fakta jika terdapat kesalahan, bukannya mengharamkannya.

Bayangkan jika ada pelajar sains politik yang mengkaji berkenaan parti politik Islam di Malaysia dan kajiannya diharamkan oleh PAS hanya kerana sikap denial syndrome PAS.  Komentar Ustaz Hasrizal lagi, "Mungkin dengan kemunculan ‘Parti Islam’ kedua tidak lama lagi tu, baru PAS akan terdesak mutlak untuk membuat perubahan.

Buat masa ini ‘kemaksuman’ itu masih terus dinikmati bersama. ‘Islamic Jacobins’." Siapa lagi mahu keluar dari PAS setelah Dr. Asri, UZAR dan lain-lain lagi? Muhasabah lah PAS ! You are at stake ! - Mat Kuantum - sumber

4 comments:

  1. PAS Bahalol dan ter lalu banyak otak otak pemikiran Melayu yang gagal walau cuba di suntik ilmu ilmu pengaruh pengajian timur tengah yang positif.

    ReplyDelete
  2. Landasannya betul dah, gerabak okay tiada masalah tapi kepala lusuh & pemandunya pula bengong. Agak2 boleh tak keretapi itu sampai ke destinasi yg dituju menepati jadual.

    ReplyDelete
  3. Samada tukar tok ketua yg lembam tu atau pun buka parti baru ygbprofessional dan beragama ...tggl kan tok lebai yg cuma pandai ckp tetapi hatinya kelam... Ckp xserupa bikin tu mcm amno le jgk... Tinggal kan mereka ni demi rakyat... Hussam keluar terajui pasma yg lebih baik dr pas...ramsi dah nk muda terkontang kanting xtau hala nak pi... Nak join pas geng pas tua ni cuma d terajui mereka yg gagal mentadbir... Mentadbir terengganu pun gagal apatah lg nak tadbir malaysia dan dunia...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa