Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 9, 2014

Ini Dia 15 Kaki Gaduh Yang Diburu Polis

AFF Suzuki: Polis buru 15 individu dalam siasatan gaduh bola
Astro Awani |Kemas kini:Disember 09, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 09, 2014 20:15 MYT)

SHAH ALAM: Sejumlah 15 individu diburu bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah memaklumkan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau meminta individu-individu dalam foto yang dipamerkan supaya tampil menyerah diri untuk membantu siasatan, selain orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden berkenaan.

"Kita tidak boleh kata mereka ini suspek kerana masih dalam siasatan. Kita masih dalam proses kenal pasti mereka untuk bantu polis siapkan kertas siasatan," kata Mohd Adnan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan polis sudah menahan sembilan individu atas pelbagai kesalahan.

"Sembilan tangkapan telah dibuat, tiga ditahan dibawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya, seorang untuk tujuan siasatan dan lima atas kesalahan kecil kerana memiliki pembakar suar," ujarnya.
AFF Suzuki gaduh
Mohd Adnan (kanan) bersama pegawainya menunjukkan gambar individu yang dicari polis berkaitan kes pergaduhan di Piala AFF Suzuki pada Ahad lepas, semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Selasa.

Dalam kejadian 7 Disember lepas, pada aksi separuh akhir pertama malam tersebut, segelintir penyokong fanatik Harimau Malaya dilaporkan bertindak keterlaluan sehingga berlaku ketegangan diantara mereka dengan penyokong Vietnam sebaik tamat perlawanan tersebut.

Kejadian itu juga turut dikesali oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kecewa dengan sikap tidak bertamadun kumpulan penyokong ultra IJF (Inter Johor Firms) itu yang bertindak melampaui batas dengan menyerang para penyokong Vietnam ketika berlangsungnya perlawanan separuh akhir pertama.

Turut kecewa dalam kejadian tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan beliau memohon maaf bagi pihak Kerajaan Malaysia terhadap Vietnam di atas kejadian terbabit.

2 comments:

  1. Kalaulah yg merusuh itu rakyat negeri Kelantan, setiap individu rakyat negeri itu akan dipanggil untuk disoal siasat, termasuklah orang tua malahan pesakit yg berada di wad ketika kejadian juga.

    ReplyDelete
  2. Tu la tak bijaknya org Kelantan, at least kat Johor target tepat, pantas, tuntas haha... Kite bako aje..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa