Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

Nik Amar Akan Diganti?

Exco Kelantan akan dirombak termasuk TMB?
SUSUPAN PETANG                                                                                    
Mohd Amar Nik Abdullah
Semasa melalui negeri Kelantan dan singgah di sebuah hotel untuk bermalam semalaman saya terdengar dua versi cerita mengenai negeri Kelantan. Kedua-dua versi itu memberi petanda atau maklumat yang tidak baik kepada kerajaan Kelantan Pas pimpinan Ahmad Yaakob dan Mohd Amar Nik Abdullah (AYMA).

Versi pertama ialah kononnya barisan Exco Kelantan akan dirombak dalam bila genap tahun ini. Tidak jelas kenapa barisan Exco yang dibentuk Ahmad Yaakob dalam tempoh tidak sampai 48 jam selepas PRU ke-13 itu perlu dirombak.

Sekiranya ini berlaku bermakna ada sesuatu yang tidak kena atau berlaku dalam kerajaan Pas Kelantan ketika ini. Apabila diberitakan barisan Exco akan dirombak menggambarkan barisan Exco yang ada kini tidak berfungsi atau pun mampu mencapai sasaran yang dikehendaki?

Manakala versi kedua pula juga berkaitan perkara yang sama, kononya Ahmad Yaakob sekrang ini sedang mengenal pasti nama-nama Adun untuk diganti Exco yang sedia ada. Menurut cerita versi kedua bukan semua Exco yang ada perlu diganti tetapi separuh daripadanya diberitakan akan menghadapi perubahan itu.

Exco-exco Kelantan ialah, Hanifa Ahmad, Dr Mohd Fadzli Hassan, Annuar Tan Abdullah, Anizan Abdul Rahman, Abdul Fatah Mahmood, Muntaz Mat Nawi, Che Abdullah Che Nawi, Ramli Mohamad dan Nasaruddin Daud.

Daripada versi kedua berita yang dipunggut dari persinggahan itu, selain daripada separuh daripada Exco berkenaan Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah juga dikatakan turut sama terlibat dengan desas desus akan ditukar. Masa ini Ahmad Yaakob dikatakan sedang mencari pengganti Mohd Amar.

Tidak pula diketahui apakah sebab musabab kenapa rombakan bakal dibuat itu melihat TMB sendiri. Bagaimana pun sekiranya ini benar dan ada asasnya menunjukkan kerajaan pimpinan Ahmad Yaakob dalam bermasalah.

Buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai berita yang didengar ini. Kalau ianya benar sudah tentu berita yang kurang enak ini akan meletus juga. Pihak Umno juga tampaknya masih belum mengetahui akan kedua versi berita ini. Atau pun Umno Kelantan sengaja mengamankannya kerana mahu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Penyiasatan akan bermula. [wm.kl.5:20 pm 01.12/14]

8 comments:

  1. Abe

    Itulah langkah sebaik-baiknya untuk m3njaga maruah Nik Amar dan menyelamatkan kerajaan PAS Kelantan yang menjadi testimoni dan ikon kepada perjuangan PAS sejak di tubuhkan.

    Kerajaan PAS Kelantan juga begitu penting dipertahankan untuk m3njamin su4vival PAS sebagai sebuah jamaah Islami dan sebagai s3buah parti politik Islam diera politik baru.

    Jika Kerajaan PAS Kelantan jatuh didalam PRU 14 nanti, apa lagi yang ada pada PAS. PAS kehilangan segala-galanya yang diperjuangan selama ini.

    Mempertahankan kerajaan PAS Kelantan jauh l3bih penting dan utama demi Islam melebihi kepentingan individu termasuk Presiden PAS, pergolakan dalaman yang dicetuskan oleh puak UG dll isu lain.

    ReplyDelete
  2. bat8

    Masalahnya kepimpinan Mad Yaacob sendiri pun kelihatan lemah. Itu sebab Tok Pa dan juak-juaknya sedang memasang angan-angan.

    Kalau PAS jatuh, royalti Kelantan mungkin diberikan balik. Kayo tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe

      Kita ore kelantan pun tahu kelemahan Ahmad Yaakob. Jadi kalau dia gantikan Nik Amar, lepas ni spotlight akan tertumpu kepada diri dia pulak.

      Memang kepimpinan Ahmad Yaakob mengecewakan. Berpuluh tahun dia menjadi TMB dan Timbalan Pesuruhjaya PAS kepada TGNA, timbul soalan, apa yang dia belajar selama tu? Sebenarnya dia berada didalam kedudukan paling istimewa, mendapat tarbiah khusus dari TGNA baik sebagai seorang ulamak dan sebagai pemimpin politik. Apa yang dia belajar?

      Sebenarnya masaalah mentadbir kelantan ni sama sahaja samada di zaman Dato Mat Yaakob dulu atau zaman TGNA atau zaman sekarang. Masaalahnya pendapatan negeri terlalu kecil, terlampau bergantung kepada hasil balak. Kelantan tidak mempunyai kepelbagaian sumber pendapatan negeri.

      TGNA telah menghadapi dan menangani masaalah ini dengan baik selama w3 tahun. Ahmad Yaakob ada bersama-sama disebelah TGNA sepanjang tempoh itu. Takkan tak belajar apa-apa? Sebemarnya ia adalah berkaitan dengan k3bolehan dan kemampuan......persoalannya ada ke kebolehan dan kemampuan untuk memikul tanggungjawab tersebut. Ini persoalan paling basic dalam organisational manag3ment.

      Delete
  3. bat8

    Menjadi kepala negeri adalah soal pengurusan dan pentadbiran bukannya tarbiah dan dakwah.

    Kalau hanya ahli di dalam dakwah sahaja tidak akan memberi makna terhadap kecekapan pentadbiran dan pengurusan sumber

    ReplyDelete
  4. kelantan perlu ada kan undi baru kerana pas gagal memimpin , sehingga tiada nilai ekonomi.

    pas parti gagal dan bahalol , nasib baik ada br1m dapat rakyat kelantan duit free tuk makan minum.

    ReplyDelete
  5. Nampak gayanya penggal PAS memerintah Kelantan akan lupus kalau tiada perubahan drastik dibawa kehadapan seberapa segera. Jika ia terjadi ada orang yang mengigit jari.

    ReplyDelete
  6. Zaman TGNA, balak masih banyak, kota darulnaim baru saja siap (yg membina tak sempat duduk), rakyat masih tak ramai, teroka hutan digalakkan, sumber negeri tidak dipelbagaikan, pelancongan tak dihidupkan ...

    Zaman Mad Yakob, balak dah tak ada, masalah ceroboh tanah / teroka hutan halal dan haram dah tahap kronik, bilangan rakyat dah meningkat, tarikan pelancongan semuanya tenat (mana santuari kelah Nenggiri?), syarikat negeri yg diwujud sejak zaman TGNA terbukti tak beri hasil yg boleh tolong negeri( tapi boleh pulak beri bonus berbulan2 kepada staf )....

    Kesian Mad Yakob, beliau hanya mewarisi, umpama Pak Lah mewarisi dari Tun M ..

    Apa yang berlaku sekarang, bukan baru berlaku semalam tapi sudah bermula sejak 1990 ...

    Jangan kita memuja rupa, jangan kita memuja warna, jangan juga memuja pakaian, tapi pujalah sumbangan yang diberi. Bila disebut sumbangan, biarlah sumbangan itu jelas untung kepada rakyat dunia akhirat dan bukan untung segelintir pihak ...

    Fikir fikirkan lah ...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa