Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 16, 2014

Satu Persoalan: Rancang Atau Kebetulan?

PKR persoal tujuan PAS bentang hudud ketika BN dilanda skandal 1MDB 
TMI - Published: 16 December 2014
Tindakan PAS mahu meminda enakmen hudud ketika Barisan Nasional dilanda skandal 1MDB mengelirukan, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Latheefa Koya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2014.

PKR mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS yang mahu membuat pindaan enakmen hudud ketika pemimpin Umno khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilanda skandal 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Latheefa Koya berkata, ia mengelirukan apabila pengumuman sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk membuat pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah II dibuat ketika Umno/Barisan Nasional (BN) sedang tertekan dengan skandal 1MDB.
"Kenapa secara tiba-tiba saja? Dan apa keperluan diadakan sidang khas untuk mengendalikan isu ini?
"Adakah ia agenda untuk menarik perhatian umum daripada krisis 1MDB dan digantikan dengan konflik PAS dan DAP," katanya yang juga peguam daripada PKR.
Kritikan ini dibuat ketika sesetengah pimpinan PAS didakwa sedang berbaik-baik dengan musuhnya selama ini iaitu Umno khasnya di Kelantan sehingga melahirkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang melobi agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR).
Sehubungan itu, Latheefa meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub menjelaskan perkara ini.
Bagi beliau, kerajaan negeri Kelantan perlu memberikan tumpuan kepada membanteras rasuah dan salah guna kuasa oleh kerajaan BN daripada tergesa-gesa melaksanakan hudud.
"PAS perlu membetulkan keutamaannya ketika masalah ekonomi yang dihadapi orang biasa di negara ini meningkat," katanya.
Katanya, PAS perlu mempertingkatkan maqasid syariah untuk melindungi maruah manusia, kebebasan, kebajikan sosial daripada meruntuhkan konsep keadilan Islam dengan hukuman yang keras.
Dengan tindakan PAS meneruskan sidang khas, ia akan meneruskan konflik yang tidak perlu, salah faham dan debat politik tentang hudud yang bakal melahirkan salah faham terhadap keadilan Islam, katanya.
"Ia hanya akan memberikan lebih banyak fitnah kepada nama baik Islam," kata peguam PKR itu.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan mengadakan satu sidang khas pada 29 Disember ini bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Facebook mengumumkan perkara berkenaan selepas satu sidang media yang diadakan menteri besar pada 14 Disember lepas.
“Ia akan diadakan bagi membolehkan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke Parlimen,” kata Ahmad dalam satu sidang media yang turut dihadiri Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaakob dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.
1MDB yang dipimpin perdana menteri pula sedang dilanda skandal apabila pelbagai pihak mempertikaikannya.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata skandal ini bakal meletup dan memakan mangsanya. – 16 Disember, 2014.

# Entahlah....puak-puak politik ni memeningkan kita. Semua jenis belit tak kira dari parti apa pun mereka!

Statements yang lebih jelas di bawah:

PKR hints of Umno hand in PAS’ hudud move


KUALA LUMPUR: A PKR official has questioned whether Umno has a hand in the Kelantan government’s decision to call a special sitting of the state assembly to table an amendment to push for the implemenation of hudud in the state.
Latheefa Koya, a member of the party’s Central Committee, suggested that there could be an agenda to distract public attention from the 1MDB crisis by substituting it with a perceived DAP-PAS conflict.
She called on PAS President Hadi Awang and the Kelantan Menteri Besar to come clean.
“It is strange that the announcement was made just when Umno/BN is under tremendous pressure over the 1MDB scandal,” she said in a press statement.
“Why the sudden urgency? And why the necessity to hold a special sitting in order to deal with this matter?”
The surprising move was announced at a press conference on Sunday by the Kelantan Menteri Besar. - baca sepenuhnya di sini

10 comments:

  1. Selama aku bercerai ngan umno bn, hatiku bersama pas dan pkr.Namun udang disebalik batu (udang disebalik mee) hatiku confirm ni kerja puak puak UG perpadu$wang. X dak hari dah aku nak bagi undi kat pas.

    ReplyDelete
  2. PAS bahalol mudah sangat ber sekongkol dgn lahanat dgn upah secoit.

    Bahslol , tu sebsb papa kedana harap rasuah tuk hidup.

    ReplyDelete
  3. Apa yg akan didendangkan oleh ularmak ini nanti, adalah dgn mengatakan Latheefa Koya menolak hukum hudud dari didaulatkan atau sebarang maksud yg seumpamanya.

    ReplyDelete
  4. knp hudud Terengganu tidak dilaksanakan setelah diperkenan oleh sultan?

    spt biasa pas akan membantu umno ketika umno sedang lemas. ms pru dicanangkan hudud, fitnah calon pkr, psm dan khianat letak calon.

    ReplyDelete
  5. Abe

    Dalam isu ini, kita jangan cepat melenting tak tentu hala. Kita lihat apa yang akan dibentangkan di persidangan DUN pada 29 Disember 2014.

    Pun begitu kita ambil maklum beberspa perkara yang melibatkan aspek politik. Secara logiknya, deraf undang-undang persendirian ini sukar untuk mendapat majoriti 2/3 untuk membolehkan pindaan kepada perlembagaan dapat dibuat untuk membolehkan hudud di laksanakan dinegeri kelantan.

    Kita berdoa ia bukan helah politik puak UG, pertama, untuk meruntuhkan PR supaya PAS ditendang keluar dari PR dan puak UG dapat mempegaruhi muktamar untuķ mengubah keputusan Muktamar Ipoh 2008. Jika hudud diguna untuk membolehkan puak UG menrealisasi impian mereka untuk menggunakan PAS sebagai cagaran untuk mereka bekerjasama dengan UMNO - ia adalah satu tindakan yang mengundang kemurkaan Allah.

    Kedua, apakah tindakan Nik Amar sekarang yang secara angkuh membelakangkan rakan2 didalam PR adalah strategi UMNO menggunakan Nik Amar untuk menghancurkan PR setelah mereka gagal buat sendiri melalui pelbagai cara? Petunjuk-petunjuk yang kita nampak menunjukkan ia adalah perancangan UMNO tetapi kita lihat apa yang terjadi pada 29 Disember 2014.

    Ingat UMNO sanggup melakukan apa saja untuk selamat.

    Jangan risau. Manusia merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah yang mutlak.

    Jangan risau, Allah tidak akan membiarkan ugamanya diguna untuk kep3ntingan diri yang sempit.

    ReplyDelete
  6. bat8

    abe tak pernah melenting tentang apa-apa isu sebab ianya tak berikan apa-apa kesan kepada abe secara individu kecuali kenaikan harga barang keperluan dan minyak.

    abe hanya ikut arus berita yang disiarkan.

    dalam hal ini sama ada betul atau tidak persepsi yang dinyatakan tidak menjadi masalah. lagi pun ini hanyalah andaian atau persepsi negatif.

    ReplyDelete
  7. Abe

    Terima kasih Abe. Ambo faham pendirian Abe. Ambo hormat.

    Ambo cuma berpesan kepada adik kakok kita hok lain supaya jangan melenting maklumlah kadang2 kita panas telinga jugok dengan politik Nik Amar yang masih befada ditahap budakk tadika Kemas hok omo 5 tahun.

    Semuanya yang berlaku ini dalam pengetahuan Allah. Dia juga yang tahu segalanya. Segalanya berjalan mengikut ketentuanNya dan ilmuNya yang Maha Luas.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  8. bat8

    bagi abe nik amar ni boleh letak tepi jer. memang bila dia buka mulut mengalahkan budak tadika. yang kita terpaksa ambil pot tu sebab jawatan dia TMB. kalau tidak rasanya tidak ada siapa yang pedulu kecuali utusan malaysia.

    Tapi kalau dia ditakdirkan jadi MB, aduii.....punah ranahlah kelantan!

    ReplyDelete
  9. yen uchop

    saya rasa tak payahlah kita fikirkan sangat. nanti hati sakit, perasaan akan kecewa

    ReplyDelete
  10. anon 3:40 PM dan 3:57 PM

    Memanglah kalau nak lepaskan diri terpaksa cari jalan untuk belit. kan itu kerja orang politik?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa