Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 13, 2014

‘Tiger Eat Us At Home’: Bila Kalah Macam-Macam Suara Kedengaran.....

Vietnam syak wujud unsur mengatur keputusan perlawanan
Astro Awani |Kemas kini:Disember 12, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 12, 2014 22:03 MYT)

Vietnam syak wujud unsur mengatur keputusan perlawanan
Skuad bola sepak negara berjaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua.
KUALA LUMPUR: Vietnam mengesyaki terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan susulan kekalahan pasukan kebangsaan mereka dalam pusingan kedua Piala AFF Suzuki malam tadi.

Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Le Hung Dung dipetik dalam satu laporan olehThanh Nien Newssebagai berkata tidak mungkin prestasi pertahanan pasukan negara tersebut jatuh dengan begitu mendadak.

Hung dung turut mengarahkan satu siasatan menyeluruh, terutama pada bahagian pertahanan, dilakukan.

Antara lain, beliau tidak menolak terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan.

Bukan sahaja VFF,  malah terdapat penyokong Vietnam yang berasa wujud unsur rasuah dalam perlawanan tersebut.

Isu ini dibangkitkan selepas seorang pemain liga Vietnam dihukum penjara 30 bulan pada Ogos lalu selepas didapati bersalah mengatur keputusan perlawanan.

Manakala jurulatih pasukan, Toshiya Miura tidak pasti mengapa prestasi anak buahnya begitu merosot.

“Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Yang pasti bahagian pertahanan banyak melakukan kesilapan dan begitu juga bahagian serangan,” katanya kepadaThanh Nien sejurus selepas perlawanan tamat.

Miura memberitahu, kegagalan Vietnam untuk mara ke final akan ditanggung olehnya.

“Sebagai jurulatih, saya memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan ini. Melihat peminat Vietnam yang memenuhi ruang stadium, saya sedar akan harapan mereka. Saya minta maaf kepada semua peminat pasukan Vietnam” jelas Miura.

Sementara itu, di sosial media, mesej bergambar kononnya surat khabar Vietnam menggunakan tajuk utama ‘Tiger Eat Us At Home’ mula tersebar.

Namun, itu hanyalah khabar angin apabila hakikatnya, itu bukanlah tajuk utama yang digunakan akhbar di Vietnam.

Pada Khamis, skuad bola sepak negara berjaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua.

1 comment:

  1. Kemungkinan tuduhan mereka itu benar, tetap ada. Ia berdasarkan beberapa rekod yg lepas, mengenai sindiket pertaruhan dlm perlawanan bola sepak negara Malaysia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa