Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 9, 2016

Angan PAS di Sarawak.......

Pilihan Raya Sarawak PRN11, gelombang awal sokongan kepada PAS
Posted on Saturday, April 09 @ 12:09:42 MYT by tok dalang
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

PILIHAN Raya Negeri Sarawak ke-11 bakal berlangsung dalam masa terdekar. Paling tidak Proses penamaan calon akan berlangsung antara 25 dan 26 April ini kata satu sumber berikutan pembubaran dewan Undangan Negeri (DUN) disebut pada 11 April.

Pada tahun 2011 PRN ke-10 telah diadakan, dan kemudian Bumi Kenyalang ini sekali lagi berpesta undi (bagi kawasan Parlimen) pada tahun 2013 bersama negeri lain dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika itu. Ia membawa makna dalam masa tidak tiga setahun, bumi Sarawak menghadapi pilihan raya selepas pilihan raya negeri pada April 2011.

Pilihan Raya Negeri Sarawak telah diadakan pada 16 April 2011, dan pengundi pada waktu itu hampir-hampir memberikan kejutannya dengan banyak juga kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS, DAP dan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan).

Kini Pakatan Rakyat di Sarawak telah terkubur. Namun suasana tidak jauh beza, PAS telah meledak satu lagi blok baharu dalam arus massa politik negara dengan Blok Ketiga bersama parti IKATAN, suatu parti yang memiliki kepelbagaian ahli di peringkat nasional.

PAS hadir ke Sarawak kali ini dengan menawar 11 kerusi untuk ditandingi. PAS telah mengumumkan nama-nama calonnya bagi mewakili parti ini di DUN Pujut, Jepak, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Beting Maro, Kakus, Samalaju, Sebuyau, Pantai Damai dan Dun Lambir.

PAS telah membuat satu kejutan dan perubahan yang membuka mata ramai dengan menampilkan calon bukan Islam di Dun Kakus iaitu Clement Bayang, seorang Tuai Rumah, aktivis masyarakat beragama Kristian.

Clement Bayang pernah bertanding di DUN Kemena atas tiket Bebas dalam PRN terdahulu, dan beliau memiliki pengaruh yang tersendiri dalam kalangan masyarakat.

Sementara PAS juga menaruh keyakinan untuk merampas kerusi Dun Beting Maro dalam PRN11 ini memandangkan percubaan pada tahun 2011 hampir membuahkan hasil dengan hanya kalah majoriti tipis melalui calonnya ketika itu, Abang Ahmad Kardee Abang Masagos (kini menyertai PAN).

PAS mempertaruhkan anak tempatan, Hamidah Mokhtar seorang Graduan Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Pernigaan dari Universiti Petronas (UTP). Anak muda ini adalah Pengarah Butik Muslimah dan memiliki pengaruh besar dalam kalangan wanita di sini. 

Mengikut rekod PRN lalu, undi popular BN merosot daripada 63 peratus pada pilihan raya 2006, kepada 55 peratus sahaja bagi pilihan raya negeri ke-10 tahun 2011 lalu. 

Ini menandakan agin perubahan itu berlaku dan jika semakin kencang, tidak mustahil pada PRN11 ini agin itu boleh membantu PAS mencetak sejarahnya yang tersendiri melahirkan anak sulong di sini. 

Untuk rekod, PAS sendiri turut memberikan saingan yang sengit di Beting Maro, dengan hanya kalah tipis kepada calon BN dengan majoriti 392 undi sahaja.

Walaupun pada awalnya pada PRN10 lalu 'aura' calon PAS, kelihatan akan menenggelamkan calon BN, Raizali Gappur, namun saat akhir sehari sebelum mengundi, BN masuk ke rumah-rumah di Beladin untuk memastikan lebih 1500 undi diperolehinya.

Hakikatnya, walaupun PAS menang besar di Pusa, dan beberapa kawasan mengundi yang majoritinya Iban, namun PAS kalah di Beladin, satu kawasan mengundi yang memiliki lebih 2000 undi, dengan PAS hanya mendapat lebih 500 undi sahaja berbanding tahun 2006 dengan lebih 1000 undi.

Amat menghairankan, pengundi yang mengundi PAS pada pilihan raya umum negeri 2006 tidak lagi memberi undi kepada PAS, sebaliknya memberi undi kepada Raizali yang juga anak jati Beladin.

Ada kalangan jentera yang menyatakan, kekalahan itu 'amat menghairankan' kerana mood pengundi di Beting Maro dengan kebangkitan kaum Iban menyebelahi PAS.

Walaupun ada menyaksikan kebangkitan kaum Iban, tidak mendapat sambutan kaum Melayu yang terus menerus setia kepada BN-PBB walaupun hakikatnya kepimpinan Taib Mahmud amat-amat dipertikaikan ketika itu.

Menyingkap pilihan raya negeri ke-10, isu-isu kemiskinan dan rampasan tanah oleh kerajaan yang dikepalai Tan Sri Abdul Taib Mahmud amat mendominasi suasana kempen.

Namun malangnya, pada tarikh keramat 16 April yang dijangkakan akan menjadi tarikh bersejarah tidak kesampaian, dan blok pembangkang hanya pula dengan 15 kerusi.

Walaupun ada peningkatan jumlah kerusi, dan peningkatan jumlah undi, namun gelombang sokongan itu tidak sampai untuk menumbangkan BN di 53 lagi Dun yang terus dikuasai parti pemerintah.

Begitupun, kekalahan blok pembangkang ketika itu dan kemenangan BN yang besar, tidak akan mengubah nasib rakyat di bawah yang terus akan hidup dalam kesengaraan, meskipun pemimpin BN kaya raya.

Isu tanah akan terus menjadi beban besar kepada BN-PBB yang cukup banyak berjanji, dan masih tidak ditunaikan, malah isu tanah adalah isu terbesar yang terus menerus membelenggu anak Sarawak.

walaupun tiada lagi kelibat Taib Mahmud secara langsung dalam pentas politik Sarawak kerana digantikan dengan Tan Sri Adenan Satem, namun hakikatnya di sini perubahan hidup rakyat masing tidak berlaku. 

Rakyat Sarawak sudah ditontonkan bahawa menangnya BN di sini, mereka terutamanya Penduduk Asal masih dibelenggu dengan isu pemilikan hak tanah yang menjadi 'masalah besar' yang sentiasa menghantui mereka.

Ini berikutan dasar kerajaan BN Sarawak terus sengaja membiarkan status tanah rakyat ini tiada satu definisi yang jelas yang boleh menyatakan hak tanah mereka, biarpun Adenan Satem berjanji pada kali ini akan menyelesaikan masalah tanah adat ini.

Janji-janji BN hanya sekadar menjadi janji 'kosong' yang akan dikenang selepas pilihan raya.

Sebagai contoh, penduduk asal di sini masih dibelenggu isu pemilikan hak tanah kerana permohonan hak geran tanah mereka tidak pernah dilayan oleh kerajaan negeri sejak sekian lama.

Hakikat yang berlaku di Sarawak ialah rakyat tidak pernah dilayan secara adil dalam mendapatkan hak tanah mereka walaupun berpuluh tahun lamanya mendiami kawasan tersebut.

Isu yang paling kritikal adalah isu tanah-tanah yang dimiliki penduduk asal yang mendiami kawasan berkenaan sejak nenek moyang mereka lagi, tetapi tidak mempunyai geran.

Ianya menyebabkan hak mereka dalam pemilikan tanah secara 'legal' tidak terjamin, malah ada anah-tanah yang sudah dikeluarkan geran kepada pemiliknya juga tidak boleh dijadikan asas kepada hak itu terjamin kerana kerajaan negeri boleh merampas dengan sewenang-wenangnya.

Anggapan orang awam di sini kononya jika memiliki geran, hak mereka ke atas tanah sangat terjamin, namun sebenarnya tiada peruntukan dalam Kanun Tanah Sarawak yang jelas menjamin hak tanah rakyat asal negeri ini kerana kerajaan boleh mengambil hak tersebut bila-bila masa dengan harga pampasan tidak ditentukan secara terperinci.

Ini kerana jika kerajaan merampas tanah rakyat, kanun tersebut tidak menyatakan secara jelas pampasan, sebaliknya ianya tertakluk kepada pampasan yang perlu dibayar kerajaan.

Bagaimana dan bila di bayar tidak ada peruntukan dalam Kanun Tanah Sarawak. Sebagai contoh, suatu masa lalu kes pengambilan tanah bagi tujuna membina bangunan Dun Sarawak yang baharu, beberapa pemilik rumah di sana di bayar pampasan tanah begitu kurang.

Mereka merayu kepada mahkamah tentukan apakah jumlah pampasan yang wajar dibayar, namun semuanya sukar untuk mengatasi undang-undang yang telah dimaktubkan untuk kepentingan pemerintah.

Isu pengambilan tanah ini telah berlaku beberapa tahun lalu hingga sekarang ini bangunan baru Dun Sarawak telah siap, tetapi isu pampasan masih tidak selesai.

PRN10 BN-PBB menguasai lagi pilihan raya, namun ramai yang pasti isu tanah keliling Bangunan Dun Sarawak yang baharu ini tidak akan dilayan oleh pemerintah.

Lebih mengecewakan, rayuan penduduk bagi mendapatkan hak pampasan mereka pada kadar yang sepatutnya tidak diendahkan.

Dalam kes tertentu membabitkan kawasan lain, ada mangsa yang tidak dapat pampasan mereka meskipun selepas 10 tahun tanah dirampas oleh kerajaan dan diserahkan kepada syarikat kroni.

Di Bakoh sebelum ini, sejumlah 3000 ekar diambil kerajaan Taib Mahmud yang membabitkan geran milik kaum Melayu, Cina dan Iban di sana. Hingga kerajaan bertukar kemudi kepada Adenan Satem, kes itu sepi tanpa khabar.

Seksyen dan peruntukan yang 'tidak menyebelahi rakyat' ini telah dimanipulasi. Sejak tahun 70-an hingga kini, permohonan rakyat majukan tanah mereka tidak dapat diluluskan kerana kerajaan mungkin akan gunakan tanah itu.

Sejak tahun 70-an sehingga kini tanah-tanah rakyat dibekukan di bawah Seksyen 47, dan kini kerajaan ambil, tetapi bayar hanya pada kadar 1/5 berbanding harga pasaran.

Di Bandar Kuching sendiri, ada sebidang tanah setinggan yang didiami penghuni rakyat tempatan, tetapi dihalau oleh kerajaan negeri hanya untuk memberikan tanah itu kepada kroni.

Tanah seluas 269 ekar ini telah diberikan kepada syarikat yang dipercayai, Syarikat Monada Sdn BHD dimiliki oleh anak-anak Taib Mahmud selain juga didakwa dimiliki syernya oleh anak-anak pihak berkepentingan berjumlah 12 peratus.

Kekayaan Taib Mahmud sendiri terhasil dari pelbagai kurniaan projek dan tanah yang diberikan lansung kepada anak-anak dan syarikat berkepentingannya antaranya CMS sdn Bhd.

Pelbagai bantahan dan gesaan siasatan dibuat pelbagai pihak, namun tiada perubahan. PRN 10 yang lalu menyaksikan isu ini dibangkit pembangkang, namun tiada perubahan besar.

Natijahnya, penduduk Sarawak tidak kira di Kuching, Miri ataupun Sibu, semuanya 'terus tertipu' dengan muslihat dan politik wang yang dijalankan BN.

PRN11 kali ini skali lagi isu ini akan menjadi dominasi. PAS hadir bukan untuk mengambil alih pemerintahan di Sarawak, hanya dengan 11 kerusi PAS menjanjikan suatu blok pembangkang yang kuat di DUn Sarawak andai wakil PAS diterima rakyat di sini.

PAS menyatakan keazaman dengan tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak untuk membawa tuntutan rakyat Sarawak, dengan isu-isu tanah adat, kebajikan, infrastruktur dan kemudahan awam, memperkukuh sistem semak imbang, meraikan demokrasi, memelihara hak agama dan budaya semua kaum di sini, menuntut royalti minyak 20 peratus.

PAS hadir dengan Buaya Politik Matang dan Sejahtera, pendekatan yang lebih lunak untuk mengisi hati rakyat. Hingga ke hari pengumuman calon 6 April lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali melaung keyakinan perubahan ketara nampak berlaku di sini dan bakal menghadiahkan sesuatu yang cukup baik kepada PAS. 

2 comments:

  1. jgn hilang deposit sudah

    ReplyDelete
  2. Pas iboh nak gago...hidung tak mancung pipi tersorong..dulu hina rakyat sarawak then ada hati nak pikat lagi.. Sudah sudahlah PAS..tak kan menang punya...tak nak kuasa...hancus

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa