Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, April 9, 2016

Kah..kah..kah.....dia orang dah baca dan faham tak?

Ku Nan: Laporan PAC buktikan PM selama ini difitnah
mk  -  Hari ini, 5:54 petang
Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini difitnah, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata laporan yang dibentang PAC di Dewan Rakyat, Khamis lepas adalah sesuatu yang menyedihkan apabila perdana menteri selama ini dituduh dengan pelbagai fitnah.

"Fitnah berlaku dan ia berlarutan selama dua tahun... ia tidak adil. Saya merayu kepada rakyat untuk tidak percaya kepada sebarang dakyah kerana pihak itu pasti ada niat tertentu untuk memecah-belahkan masyarakat," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan baharu Surau Al-Muhajirin, Presint 9 di Putrajaya hari ini.

Menurutnya Naib Pengerusi PAC Tan Seng Giaw yang juga anggota Parlimen DAP Kepong mengakui Najib tidak langsung terlibat dengan apa yang berlaku dalam 1MDB.

"Perkara ini diberitahu oleh pihak pembangkang, bukan kerajaan.. maka, tutuplah masalah ini dan marilah kita bergerak ke hadapan," katanya.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno berharap 1MDB melakukan apa yang sepatutnya bagi membaiki pengurusannya.

PAC, yang dianggotai anggota Parlimen BN dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB seteba 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Di SUNGAI PETANI, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta semua pihak supaya menerima laporan PAC dan tidak lagi menimbulkan sebarang isu negatif berhubung hasil siasatan terhadap 1MDB.

"Keputusan sudah dibuat, rakyat kena terima dan jangan lagi timbul isu-isu negatif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) hari ini.

- Bernama

2 comments:

  1. betoi ka lagu tu
    ambo tak rasa macam tu pun

    ReplyDelete
  2. sape nk percaya..percaya la...
    ikut logik akal..seseorang yg paling berkuasa..
    sebagai pengurusi lembaga pengarah..sebagai menteri kewangan..tak tahu akan perjalanan syarikat...
    mmmm pelik juga..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa