Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 9, 2016

Apa kena Orang Tua ni, dah nyanyuk atau melalut?

Laporan: Dr M kini gesa campur tangan asing untuk 'jatuhkan' Najib
mk - Hari ini, 12:14 tengah hari
Dalam satu perubahan yang ironik, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilaporkan menggesa campur tangan antarabangsa untuk membantu "menjatuhkan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar The Australian hari ini melaporkan bahawa ia adalah perubahan luar biasa bagi Dr Mahathir yang terkenal dengan ketegasannya menolak campur tangan asing dalam politik Malaysia semasa pentadbirannya.

"Biasanya saya tidak suka campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia tetapi saluran untuk kami telah ditutup sepenuhnya (di dalam parti dan melalui undang-undang zalim yang kini digunakan untuk menakut-nakutkan pengkritik)," Dr Mahathir dilaporkan memberitahu The Weekend Australian.

Bekas pemimpin veteran Umno itu dan juga bekas presiden parti itu dilaporkan mengadu kepada majalah hujung minggu akhbar harian Australian itu mengenai sikap tidak kisah negara itu terhadap skandal yang melanda Malaysia.

"Kerajaan Australia dilihat seperti tidak mahu menyinggung perasaan perdana menteri Malaysia," katanya.

# Perkara beginilah yang menjadikan perjungan pembangkang rosak dan hilang sokongan!

4 comments:

  1. Pakatan Harapan mesti menjarakkan diri dgn Dr Mahathir. Dibimbangi ada agenda lain yg tersembunyi...

    ReplyDelete
  2. Itu pedapat dia.......harapkan polis...hakim....peguam negara dan menteri2 malah raja2 pun kita dah tahu najib dah kontolkan semua......campurtangan asing yg dimaksudkan ialah mengikut undang2 internasional yg australia boleh ambil untuk mengekang transaksi yg meragukan dan siasat mereka2 yg terlibat .

    ReplyDelete
  3. hoi mamak kutty
    masa ko pm dulu
    kalau adalah yg ckp mcm ko skg nie....entah apalah tuduhan aib yg ko buat....mungkin tuduhan meliwat siput sedut agaknya
    ...makanya mahdey masa ini utk kamu muasabah diri

    ReplyDelete
  4. Betul kata Almarhum ustaz Fadil semoga MamakKuty ni dipanjangkan umur untuk melihat kerosakan yg dia telah buat semasa jadi PM dulu.memang Celaka Mamak ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa