Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 12, 2016

Hantu Highland Towers pun takut kat mereka ni: Tiga penjenayah ditembak mati

Tiga penjenayah ditembak mati di Highland Towers
pada 12-04-2016 12:04
AMPANG JAYA: Polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai suspek kes samun bersenjata dalam satu serbuan di sebuah blok tinggal Kondominium Highland Towers di sini, pagi tadi. 

Bagaimanapun, tiga lagi rakan mereka berjaya meloloskan diri dalam serbuan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama polis daerah Ampang, kira-kira jam 5 pagi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah, berkata penjenayah berkenaan dikesan menjadikan sebuah bilik kosong di tingkat 1, blok C kondominium berkenaan sebagai tempat persembunyian sebelum melakukan samun. 

"Kami percaya mereka merancang untuk melakukan samun ke atas sebuah kediaman berhampiran, sebelum hasil risikan berjaya mengesan semua enam suspek berada di situ, jam 12.30 tengah malam tadi. 

"Berikutan itu, satu operasi dirancang untuk menangkap mereka namun ketika serbuan, mereka cuba melarikan diri ke arah hutan di bahagian belakang kondominium menyebabkan kami terpaksa melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai tiga daripada mereka," katanya pada sidang media di lokasi, sebentar tadi. 

Adnan berkata, pemeriksaan menemui satu pistol angin, sebilah parang serta celorek dan beberapa alat mengumpil, topeng muka dan sarung tangan di lokasi berkenaan. 

"Kumpulan ini yang aktif sejak lebih dua tahun lalu dipercayai terbabit sekurang-kurangnya dengan 26 kes samun di sekitar Selangor membabitkan kerugian RM545,900. 
"Buat masa ini, kami belum dapat memastikan identiti mereka kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui, namun suspek yang ditembak mati dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an," katanya. 

Beliau berkata, polis kini menggerakkan operasi memburu baki tiga lagi suspek yang melarikan diri ke kawasan hutan Bukit Antarabangsa dengan bantuan Polis Gerakan Am (PGA) dan Unit Anjing Pengesan (K9). - sumber

1 comment:

  1. ada lagi bangunan tu patutnya dah diruntuhkan dan dibersihkan kawasan tu jangan sampai jadi tempat tinggal bapak hantu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa