Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 12, 2016

Sampai kematulaa bontot: Guan Eng tunggu yang tak bertelor?

Guan Eng tunggu kesediaan Rahman berdebat hingga 16 April
 | MALAYSIA DATELINE
(kiri) Rahman Dahlan  dan  Lim Guan Eng(kiri) Rahman Dahlan dan Lim Guan EngKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Datuk Rahman Dahlan untuk meneruskan debat berkenaan isu tanah Taman Manggis itu dengannya selepas Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu pulang dari luar negara pada 15 April.
“Saya beri tempoh seminggu sehingga malam 16 April untuk menguji keikhlasan dan komitmennya untuk meneruskan debat tersebut.
“Memandangkan beliau akan pulang pada 15 haribulan, tidak ada sebab untuk beliau cuba melepaskan diri dan tidak berdebat dengan saya pada malam 16 April,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal parti itu.
Ahli Parlimen Bagan ini berkata, walaupun beliau menghormati pendapat beberapa pihak yang berharap sesi debat itu dibatalkan, beliau yakin debat itu wajar diteruskan dalam semangat demokrasi yang sihat dan atas kepentingan mencari kebenaran berasaskan fakta.
Sebelum ini, Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menuduh Guan Eng ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis kepada pihak ketiga.
Rahman turut mendakwa kononnya tanah itu telah dijual secara tidak langsung melalui pegangan saham syarikat.
Bagaimanapun, dakwaan itu dibidas Guan Eng apabila dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak menunjukkan sebarang kewujudan pertukaran saham kepada pihak ketiga.
Debat yang dijangka akan berlansung itu kelak akan disiarkan secara langssung oleh TV3 dan RTM.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa