Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 17, 2016

Melayu Bermaruah - Siri 1

SUNDAY, 17 APRIL 2016
Melayu Bermaruah - Siri 1

Ketika negara kita dilanda skandal 1MDB dan isu2 berkaitan seperti salah guna kuasa, songlap wang, pencucian wang haram, rasuah, - orang Melayu menampakkan sikap yang menghampakan. 

Menghampakan sebab orang Melayu ada tatasusila, kesantunan, kehalusan budi dan beragama Islam. Setiap hari mereka memperakui bahawa sibghah Allah lah yang terbaik, nilai dan prinsip Islam mewarnai kehidupan mereka. Sekurang kurangnya, itulah dakwaan mereka.

Apatah lagi, umat Islam di Malaysia di bawah Najib, menghebahkan bahawa mereka itu mengamalkan prinsip wasathiyah- yakni menjadikan diri mereka role model dan contoh teladan kepada umat lain.

Rupa2 nya dalam hal menolak kemungkaran dan kebejatan , orang Melayu bergama Islam di Malaysia, tercicir dalam tanggung jawab moral mereka. Bangsa lain lebih tegas dengan tanggung jawab moral mereka.

Tanggung jawab moral ialah prinsip benar atau salah yang tidak terangkup oleh undang2 teknikal. Semua kita mesti ada himpunan nilai2 asas ini yang membezakan antara bathil dan benar, antara mungkar dengan makruf.Terma yang paling hampir saya rasa ialah conscience.

Kehilangan dan kehakisan tanggung jawab moral ini akan membawa musibah kepada bangsa Melayu. Maka sudah tibalah kumpulan yang mahu memelihara dan memuliakan tanggung jawab moral ini bangkit menentang pimpinan UMNO yang rasuah dan jahat. Jika dibiarkan maka rosak binasa negara kita.

Angkara durjana dan murka yang dilakukan oleh pemimpin UMNO diterima malah dipertahankan. Dalam kes 1MDB, terang dan nyata Najib telah memanipulasi dana ini dengan kerjasama budak2 suruhannya. Masakan USD700 juta yang pertama dibenarkan dibayar kedalam akaun entity yang tidak ada kena mengena dengan JV 1MDB/PIL melainkan dengan otoriti Najib.

Tidak ada orang percaya wang RM2.6 billion derma dari negara Arab sedangkan beberapa bulan yang lalu, menteri luar Arab berkata ianya pelaburan oleh individu dan tidak ada kaitan dengan kerajaan. Bayangkan- alangkah tidak ada malu dan segan, PM kita memujuk kerajaan Arab supaya mengiakan cerita derma RM2.6 billion ke dalam akaunnya. Ini story line lapuk seperti juga Jho Low, Lin Li Sit, Tiffany Heah, Patrick Mahony, Tarek Obaid menyediakan storyline JV antara petrosaudi dan 1MDB. Semua kelentong!

Lagi pun, soalan saya dalam tulisan terdahulu tidak terjawab oleh pihak kerajaan. Jika RM2 billion dikembalikan, bagaimana cara nya? Jika melalui bank, mesti ada rekodnya dan kebenaran dari BNM. jika secara fisikal, adakah Najib menggunakan jet peribadi untuk memindahkan secara fisikal wang sebanyak RM2 billion? 

Kembali kepada tanggung jawab moral orang Melayu. Ternyata orang Melayu dalam UMNO hipokrit.  Dalam kes Najib melakukan angkara 1MDB, orang Melayu merelakan salahguna kuasa, pelarian wang, pembelian asset dengan harga yang ditambah (contoh: pembelian asset janakuasa RM18 billion), rasuah, ambil komisyen dan lain lain. Ke mana pergi susila Melayu? Ke mana pergi maruah bangsa Melayu? Ke mana perginya perakuan sibghah Allah?

Orang Melayu yang merupakan majority bangsa dalam negara kita, seolah olah hilang tanggung jawab moral. Angkara durjana dan murka yang dilakukan oleh individu sebangsa dan seagama, di kecualikan dan dihalalkan. Tidak mengapa, kerana pelakunya ialah orang sebangsa dan segama.

Curilah, bohonglah, songlaplah, rompaklah, berasuahlah, tidak mengapa jika pelakunya sebangsa dan seagama.

Pilihan yang dibuat oleh bangsa lain- jika orang barat, atau dalam negara kita, orang Cina dan India ialah, jika bersalah, dihukum dan dikeluarkan. Orang Melayu tidak demikian. Yang salah dimuliakan dan dipertahankan, jika terpaksa dengan kekerasan dan menumpahkan darah.

Orang Melayu majority dalam negara ini. Di Malaya, kita adalah merupakan 65% penduduk negara. Menjelang 2035, yakni 19 tahun lalu, orang Melayu akan jadi 85% penduduk negara.

Kadar beranak orang melayu lebih cepat dari bangsa lain. Tapi kemajoritian bangsa melayu tidak besar maknanya, kalau kita melahirkan bangsa yang takut dan tidak ada tanggung jawab moral.

Walaupun kita majoriti, bangsa melayu sentiasa ditakutkan oleh parti umno. Pertama, umno ke sana ke sini mengatakan bahawa masa depan bangsa melayu bergantung kepada kemenangan umno.

Umno bukan Tuhan yang menciptakan kita, tapi melayu ditakutkan dengan ketiadaan umno. Jika umno tidak ada dan tidak menang, apa jadi?

Tidak ada apa yang jadi kepada orang Melayu. Sebab keberadaan orang melayu berantung pertama tamanya pada jati diri mereka sendiri. Jatuh bangun bergantung kepada apa yang ada dalam diri mereka sendiri.

Ramai antara kita dengar dan baca al Quran yang mengatakan perkara ini. Keadaan dan nikmat yang kita ada yang diberi Tuhan tidak akan berubah sehinggalah kita mengubah apa yang ada dalam dan pada diri kita.

Terjemah kepada keadaan politik ia jadi seruan untuk melakukan sesuatu dan menyatakan sikap. Jika kita tidak mengobah himpunan prinsip dan nilai yang kita pegang kepada himpunan nilai yang pro kemajuan dan pro merdeka jiwa, maka selama itu bangsa kita kekal dalam keadaan tertinggal di belakang.

Posted by sakmongkol AK47 at 5:12 pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa