Kesian Rahman Dahlan, terpaksa diselamat SPRM dan Polis, kata Kit Siang
17 April 2016 | BORHAN AHMAD
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa kasihannya kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana terpaksa diselamatkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ini berikutan keputusan TV3 untuk membatalkan debat terbuka beliau dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai isu Taman Manggis dan pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
"Kesihan Abdul Rahman Dahlan - dia terpaksa diselamatkan oleh SPRM dan IGP dari debat dengan Guan Eng yang hanya mengesahkan bahawa tong yang hampir kosong yang hasil bunyi yang kuat," kata Kit Siang yang juga ayah kepada Guan Eng.
Bagaimanapun, The Star melaporkan, Rahman terkejut dengan pembatalan TV3 itu kerana beliau telah bersedia untuk berdebat.
Pada Sabtu lepas, TV3 yang sepatutnya menganjurkan debat itu melalui siaran langsung pada 19 April ini telah menangguhkan cadangan debat itu.
Mereka membuat keputusan itu ekoran pandangan yang diberikan oleh Khalid dan pengarah penyiasatan SPRM, Datuk Azam Baki bahawa debat itu boleh mengganggu siasatan mereka.
Bagi Kit Siang, debat itu bukannya mengganggu siasatan itu bahkan bakal membantu siasatan kerana kemungkinan akan timbul bukti-bukti baru melalui debat itu.
17 April 2016 | BORHAN AHMAD
Debat LGE dan Rahman Dahlan

Debat ganggu siasatan polis, yang tv3 kompang dan tabuh skandal taman manggis tiap2 malam tak ganggu no? Kalau di syiria dapat tangkap hukum penjara cukup2 utk berdiri 30 hari.
ReplyDeleteJumpa polis diam diam minta batalkan lepas tu eh eh eh kenapa batal aku dah siap2 nak debat kehkehkeh wayang biasa aje tu, suma orang tau daaah wayang tu
ReplyDeleteDah agak dah...mana puak2 depa brani debat...yg ada cuma shabery ngan nuar...itu yg lain2 takut..bekokok buleh lah
ReplyDeletedebat presiden aswaja ngan dr maza pun tak jadi...sape yg lari ek..
ReplyDelete