Sunday, April 10, 2016

Onar Hadi di dalam Pakatan Rakyat.....

KRONOLOGI PENGKHIANATAN HADI DALAM PAKATAN RAKYAT

.1- Pelanggaran Hadi terhadap Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai pada tahun 2010, di dalamnya terdapat prinsip-prinsip utama dan objektif gabungan Pakatan yang juga tidak mempunyai dasar pelaksanaan undang-undang hudud.

2 - Melanggar kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) yang dibuat pada 28 September 2011 mengenai hudud,

3 - Hadi teah melanggar keputusan MPPR pada 12 Mac 2015 yang sepatutnya tidak ada apa-apa enakmen semula kod syariah 1993 akan tetapi hanya mengusulkan pindaan enakmen 1993 oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan.

4 - Dengan arahan Hadi Timbalan Menteri Besar Nik Amar telah melanggar laporannya kepada MPPR pada Februari 2015 mengenai empat pindaan kod syariah 1993 di mana keseluruhan 71 klausa kod jenayah syariah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

5 - Hadi membelakangkan dan mengejutkan pimpinan DAP dan PKR, malahan mengejutkan ramai pimpinan PAS dan ahli parlimennya dengan Melanggar PRINSIP operasi bersama sama dlm PR

6 - Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali  pun tidak tahu tentang surat Hadi kepada Parlimen apabila pembantunya Takiyuddin Hassan mengatakan Hadi akan bentangkan rang undang-undang Hudud diluar pengetahuan JKPP pas pusat.

7 - Faktanya, pada 18 Mac lalu, Hadi telah beritahu kepada Parlimen namanya sendiri yang akan bentangkan Rang Undang-undang Persendirian itu dalam sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir pada 9 April nanti.

8 - Walaupun keputusan sebulat suara MPPR pada 8 Februari lalu mengatakan RUU Persendirian mengenai pelaksanaan hudud mesti dibentangkan dulu kepada Majlis, namun nampaknya bukan pimpinan DAP dan PKR sahaja masih kabur mengenainya, bahkan pimpinan dan ahli parlimen PAS pun tidak tahu apa-apa mengenainya sehinggalah ia dilaporkan media.

9 - Hadi telah membelakangi prinsip Pakatan dengan melanggar dua asas utama prinsip Pakatan selama tujuh tahun ini sewaktu PR ditubuhkan pada 2008, iaitu setiap keputusan Pakatan mestilah mempunyai konsensus dari DAP, PKR dan PAS,”

: وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُون
َ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Hud (11:113) - jamel cheka

1 comment:

  1. Dia langgar pun takpe krn dia ulama besar dunia.

    Begitu ke akhlaq bila seseorang itu telah menjadi ulamak besar?

    Sekadar bertanya kerana teman dah meluat dgn akhlaq seorang ulama itu!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa