Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 10, 2016

Ratib orang-orang kurang akal......

Umno kalah, Cina akan memerintah?
10 April 2016 | TS MOHAMAD MOHAMAD TAIB
Umno kalah Cina memerintah

Saya telah berhenti minum pagi di R & R Temerloh pagi ini.

Selepas minum pagi saya akan menyertai kawan-kawan di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang dalam siri lawatan ke seluruh negara yang bertema 'Melayu Bermaruah' -  Selamatkan Malaysia.

Semasa minum pagi di R & R tersebut saya duduk bersebelahan dengan seorang anak Melayu sambil saya makan semangkok lontong.

Di hadapan beliau ada seorang lagi anak Melayu.

Mengenali saya anak Melayu yang duduk sebelah saya berkata "Kalau Umno kalah nanti Cina DAP merentah negara".

Dalam hati saya berkata berkesan sungguh kempen orang-orang Umno bahawa jika Umno kalah Cina akan berkuasa.

Saya telah dapat menerangkan sedikit kepada kedua-dua anak Melayu tersebut yang itu cuma helah orang-orang Umno.

Mereka takut orang Melayu beralih sokongan, lari daripada Umno dan menyokong parti-parti dalam Pakatan Harapan seperti PKR, Amanah dan DAP termasuk juga Pas.

Saya beri tahu kedua-dua mereka perkara itu tak betul.

Di Selangor bila Barisan Nasional kalah Menteri Besar tetap orang Melayu. Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu, Pegawai-pegawai Daerah Melayu, PKNS Melayu, Perangsang Melayu, MBSA Melayu, MBPJ Melayu....  malah semua kekal macam biasa ... Melayu.

Begitu juga semasa Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Perak dan juga di Kelantan pemerintah adalah di tangan Melayu.

Cuma di Pulau Pinang ketua menterinya Cina.

Tapi di Pulau Pinang memang selama-lamanya ketua menterinya Cina.

Wong Pau Nee, Dr Lim Chong Yu, Dr Koh Su Koon dan sekarang Lim Guan Eng.

Selain dari Pulau Pinang semuanya Melayu. Dari Perlis hingga ke Sabah.

Saya tanya kepada mereka apa yang orang Melayu nak takut?

Semuanya Melayu.

Sultannya Melayu.   Perdana Menteri Melayu. Timbalan Perdana Menteri Melayu. Menteri2 ramai Melayu. Tentera Melayu. Polis Melayu. Pegawai Kerajaan Melayu.

Malah semuanya Melayu.

Saya bertanya kepada mereka bagaimana Cina nak memerintah bila hampir semua jawatan penting dipegang orang Melayu.

Mereka tak boleh jawab.   Mereka tak mampu jawab. Sebab alasan mereka tak kukuh.

Sebenarnya anggapan Umno kalah Cina memerintah tak betul. Karut.

Ini hanyalah rekaan orang-orang Umno.

Apa yang orang-orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain mahu ialah mereka mahu pemimpin-pemimpin yang lebih baik, lebih amanah dan hidup secara sederhana.

Selepas setengah jam saya memberi hujjah saya beredar menuju ke Felda Bukit Goh, Kuantan.

Sepanjang saya berbicara dengan mereka tidak ada langsung mereka mencelah dan mengemukakan apa-apa alasan yang menguatkan hujjah 'Umno kalah Cina berkuasa'.

Bagi saya orang-orang Melayu masih confuse dan tak tahu membezakan parti dan kuasa.

Inilah cabaran pada kita yang bergerak ke seluruh negara.

Orang Cina bukan nak ambil alih kuasa dari orang Melayu. Orang Cina nakkan pemimpin Melayu yang amanah, baik, sederhana dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik.

Ramai orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak serta yang lain2 berharap Pakatan Harapan terdiri Dari PKR, Amanah, DAP serta Pas boleh melakukannya.

Selamat berjuang.

# Bila kalah pemimpin UMNO hilang peluang 'Ratah'!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa