Babi tunggal naik minyak
WARTAWAN SINAR HARIAN - 3 APRIL 2016
LUBUK MERBAU - “Tolong!tolong! tolong! Itulah yang saya sempat jerit apabila melihat babi tunggal itu cuba menyerang sekali lagi selepas berjaya menyondol hingga lengan tangan kiri terkoyak dek terkaman siong babi itu,” demikian kata Zuraini Fadzil,46, mangsa babi hutan di ladang getah Felda Lubuk Merbau, semalam.
Dalam kejadian 9.45 pagi semalam, dia dan suaminya, Zulkifli Daud,45, seperti biasa sedang menoreh getah di ladang getah milik majikan yang terletak di berhampiran tali air di kawasan itu.
Menurut Zuraini, ketika itu dia hampir selesai menoreh beberapa pokok getah yang terletak di tali air dan tiba-tiba terserempak dengan babi itu yang difahamkan turun untuk meminum air di kawasan itu.
“Saya tidak menyangka apabila babi itu melihat ke arah saya tiba-tiba mukanya nampak bengis lalu mengejar. Bimbang dengan keadaan itu saya cuba melarikan diri dan tiba-tiba tersepak akar pokok getah hingga menyebabkan jatuh tersungkur,”katanya.
WARTAWAN SINAR HARIAN - 3 APRIL 2016
Zuraini menunjukkan luka di tangannya akibat diserang oleh babi hutan di ladang getah Felda Lubuk Merbau, semalam.
Dalam kejadian 9.45 pagi semalam, dia dan suaminya, Zulkifli Daud,45, seperti biasa sedang menoreh getah di ladang getah milik majikan yang terletak di berhampiran tali air di kawasan itu.
Menurut Zuraini, ketika itu dia hampir selesai menoreh beberapa pokok getah yang terletak di tali air dan tiba-tiba terserempak dengan babi itu yang difahamkan turun untuk meminum air di kawasan itu.
“Saya tidak menyangka apabila babi itu melihat ke arah saya tiba-tiba mukanya nampak bengis lalu mengejar. Bimbang dengan keadaan itu saya cuba melarikan diri dan tiba-tiba tersepak akar pokok getah hingga menyebabkan jatuh tersungkur,”katanya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa