Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 17, 2016

Kenyataan Media: Siasatan kes Bom Atom - Rafizi

POLIS MEMANGGIL RAFIZI RAMLI UNTUK AMBIL KENYATAAN SIASATAN KES BOM ATOM

Selepas ceramah #BONGKAR mendedahkan perbelanjaan jet-jet yang digunakan Perdana Menteri dan isteri semalam, seorang pegawai polis berpangkat inspektor telah memaklumkan kepada saya bahawa saya dikehendaki melaporkan diri untuk diambil kenyataan berhubung siasatan kes ugutan jenayah “bom atom”.

Saya telah bersetuju untuk melaporkan diri ke Ibupejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada jam 2 petang hari ini untuk memberi kenyataan bagi mempercepatkan siasatan. Saya akan diiringi oleh peguam Saudara Saiful Izham Ramli semasa memberi kenyataan.

Sementara saya menghargai kemungkinan ada tekanan terhadap kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mempercepatkan siasatan dalam kes ini kerana pendedahan bersiri yang saya buat sejak 2 minggu lalu, saya menggesa supaya pasukan polis tidak diheret sama di dalam kempen pilihanraya kecil (PRK) kali ini.

Siasatan secepat kilat dalam kes paling lucu abad ini berbanding kegagalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memanggil Arulkanda Kandasamy dalam kes 1MDB walaupun saya telah membuat laporan lebih dua bulan lalu terhadap CEO 1MDB itu akan menjadi bukti kukuh kepada pengundi di Kuala Kangsar kenapa mereka perlu mengundi calon Pakatan Harapan hari Sabtu ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa