Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 16, 2016

Benarkah ini?

Benarkah calon BN Kuala Kangsar dipilih Rosmah? soal Rafizi
15 Jun 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Rosmah mengunjungi Mastura di kediaman calon BN itu di Kuala Kangsar. Foto The Star

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mahu kepimpinan Umno-BN menjawab desas desus berhubung calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid mendapat dokongan kuat Datin Rosmah Mansor.

Beliau berkata, hal ini kerana laporan akhbar Sinar Harian menunjukkan seolah-olah wujud rasa tidak senang bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar Datuk Ramly Zahari terhadap Mastura.

“Adakah benar pencalonan Datin Mastura untuk manjadi calon Umno-BN di Kuala Kangsar mendapat dokongan kuat dari Datin Seri Rosmah Mansor berbanding calon-calon lain sehinggakan akhirkan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak dalam Umno sendiri terutamanya di peringkat akar umbi Umno Kuala Kangsar?” soalnya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian bertarikh 14 Jun lalu bertajuk “Tak Merajuk Cuma Terkilan”.

Berita di mukasurat 35 pula mengesahkan desas desus bahawa pemilihan Mastura bukanlah keputusan yang disokong mutlak oleh pelbagai peringkat dan sayap dalam Umno sendiri.

“Jika ada tanda-tanda bahawa pemilihan beliau sebagai calon tidak didokong oleh sesetengah peringkat dan sayap dalam Umno, siapa atau kumpulan mana sebenarnya yang menjadi tenaga utama yang mempengaruhi keputusan pimpinan tertinggi Umno sehingga beliau yang tidak mempunyai apa-apa jawatan tinggi dalam Umno diberi laluan untuk bertanding?” soalnya yang juga naib presiden PKR.

Rafizi seterusnya mahu Mastura menyatakan pendirian berhubung perbelanjaan Rosmah yang menggunakan dana rakyat khususnya isu sewaan jet beliau ke Istanbul.

“Apakah pendirian Datin Mastura mengenai amalan memberikan peruntukan yang besar untuk menanggung perbelanjaan yang melibatkan Datin Seri Rosmah sebagai isteri perdana menteri?

“Jika ada usul dari Pakatan Harapan di parlimen untuk memotong dan mengehadkan perbelanjaan Datin Seri Rosmah yang menggunakan wang rakyat, adakah Datin Mastura sekiranya terpilih sebagai ahli parlimen akan menyokong usul itu?” soalnya lagi.

Sebelum ini, Tan Sri Shahrizat Jalil juga terpaksa membuat penafian terbuka bahwa wanita Umno kecewa dengan pemilihan Mastura.

“Bukan mudah untuk Umno menafikan desas-desus bahawa pemilihan Datin Mastura sebagai calon bukan keputusan yang mendapat sokongan mutlak lebih-lebih lagi beliau bukanlah anak tempatan,” katanya.

Beliau sebaliknya berkata, calon yang mendapat sokongan jentera yang kuat merupakan kriteria penting bagi Pakatan Harapan dalam pemilihan calon mereka.

# takkanlah asal semua yang buruk atau kurang baik itu Rosmah!

1 comment:

  1. jsdi tanda tanya juga...jika se orang ahi parlimen meninggal dunia...apekah yg paling layak mengantikan nya ialah balu atau suami nya...
    di kuala kangsar..balu mp yg meninggal di lantik menjadi calun mp..nape di sg besar tidak?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa