Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, June 18, 2016

PRK SB dan KK: Sehingga 1:00 Petang

1 petang: 53% undi di Kuala Kangsar, 53% di Sg Besar
mk -    Hari ini, 1:52 tengahari
Sehingga jam 1 petang ini, 53 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Manakala 53 peratus lagi keluar mengundi dalam PRK Sungai Besar.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah membuat tinjauan ke pusat pegundian di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Calon PAS, Dr Najihahtusalleh juga tiba serentak dengan Mohd Hashim.

Sementara itu di Padi Radin, Sungai Besar, calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur mengambil peluang untuk mengunjungi sekolah rendah tempat beliau belajar, SK Seri Utama.

Azhar menghabiskan masa lima tahun di sekolah itu, yang merupakan salah satu daripada 30 pusat mengundi hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah isterinya Nor'adzimah Binti Hassanuddin.

Walaupun dilahirkan di Sungai Besar, Azhar adalah pengundi berdaftar di Temerloh tetapi baru-baru ini berpindah semula ke kawasan itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa