Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 18, 2016

Sokongan terbuka 'Harumanis' kepada Amanah?

Kenyataan Media

*SOKONGAN TERBUKA 'HARUMANIS' PAS KEPADA AMANAH PERLU DIRAIKAN*

Setelah kehadiran YB Dr Rani Othman, calon PAS untuk Parlimen Sungai Besar dalam program yang disertai pendokong dan aktivis Parti Amanah Negara (AMANAH) tempoh hari, kehadiran secara terbuka pimpinan kawasan dan cawangan PAS Kawasan Sungai Besar ke program-program penerangan anjuran AMANAH dilihat sebagai sokongan tidak langsung kelompok yang digelar 'harumanis' ini kepada AMANAH.

Dalam konteks politik matang dan sejahtera, kita mengharapkan agar pucuk pimpinan tertinggi PAS menerima kecenderungan ahli-ahli yang menyokong AMANAH ini dengan penuh lapang dada. Ugutan, tohmahan, kata-kata nista, kejian dan segala bentuk kata-kata buruk kepada kelompok ini haruslah dihindarkan memandangkan mereka juga mempunyai anak-anak, ayah, ibu dan keluarga yang perlu dipelihara hati dan perasaan sebagai manusia biasa.

Politik seharusnya ditanggap sebagai salah satu daripada proses menentukan halatuju negara. Sebarang persengketaan berasaskan emosi, sentimen kepartian melampau dan ketaksuban membuta-tuli sewajarnya tidak berlaku dan wajib ditegah jika perlakuan-perlakuan jelek ini sedang bermaharajalela. Anggota setiap parti perlu ditertibkan dengan akal budi yang sihat dan tidak terjebak dengan pertelingkahan yang tidak membangun agama dan negara.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menggerakkan sokongan kepada calon AMANAH / Pakatan Harapan dalam gelanggang pilihanraya kecil kali ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar kemenangan bakal memihak kepada calon AMANAH / Pakatan Harapan. Pesanan buat seluruh jentera, usah berhenti hingga garis akhir perlumbaan. Terus bergerak dan maju!

*SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN*
*Penyelaras Jentera Induk Pemuda AMANAH (Sungai Besar)*

16 Jun 2016

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa