Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 17, 2016

Isu 1MDB: Zaid sekeh Prof Shamsul Amri Baharuddin

Zaid: Kalau bukan media asing dan Dr M, siapa lagi?

  | June 17, 2016
Adakah beliau mahu kita bergantung pada New Straits Times, TV3 dan Utusan Malaysia, tanya Zaid
Zaid-MahathirKUALA LUMPUR: Jika bukan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad dan media asing, rakyat Malaysia tidak akan tahu tentang masalah 1MDB, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberikan respon terhadap komen Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Shamsul Amri Baharuddin, yang berkata serangan pembangkang hanya menguatkan lagi kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Beliau menyerang Dr Mahathir kerana menggunakan media asing untuk bercakap mengenai 1MDB, iaitu cara yang ditolak rakyat Malaysia. Beliau juga berkata Najib bertambah kuat kerana cara itu.
“Tetapi kalau bukan kerana agensi berita antarabangsa, kita tidak akan tahu tentang masalah dihadapi 1MDB.
“Adakah beliau mahu kita bergantung pada New Straits Times, TV3 dan Utusan Malaysia?” tanya Zaid ketika dihubungi FMT.
Zaid berkata rumusan Shamsul mungkin didorong sokongannya kepada BN.
“Beliau memberi gambaran BN akan memenangi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan majoriti lebih besar. Saya tidak percaya ini akan berlaku, melainkan semua orang Melayu fikir sepertinya,” kata Zaid, yang percaya kenyataan Shahmsul ada kaitan dengan PRK di dua kawasan Parlimen itu.
Zaid berkata rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Dr Mahathir dan media asing kerana mengetengahkan isu 1MDB.

3 comments:

  1. Bukankah bg org2 yg bergelar profesor, disiplinnya melatihnya utk mencari kebenaran tak kira dlm bidang apa sekalipun. Bukan cari makan shj

    ReplyDelete
  2. cari makan lg penting buat masa sekarang..nanti nama blacklist...miss syuru oooo.
    kena bergantung pada pohon,yg kuat...

    ReplyDelete
  3. Menjatuhkan murtabad profesor. Beliau seharusnya lebih analatikal dlm mengetengahkan hujahnya. Malu pada students. Kerana segenggam kuasa akal dilacurkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa