Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 18, 2016

Hilang ketika mencari yang hilang!

Pesawat Vietnam cari pesawat hilang, turut hilang
pada 17-06-2016 11:06
HANOI: Sebuah kapal terbang pengawal pantai yang membawa sembilan krew dalam misi mencari pesawat pejuang Vietnam yang hilang Selasa lalu, didapati hilang daripada radar hari ini.

Menurut seorang pegawai tentera, pesawat CASA C212 itu hilang di utara wilayah Haiphong selepas terbang rendah untuk menghampiri objek yang dipercayai lokasi pencarian.

Pegawai berkenaan yang enggan dikenali mengesahkan kejadian tersebut namun tidak mahu mendedahkan nama-nama mereka yang berada dalam pesawat itu.

Pesawat tersebut menyertai pelbagai pihak dalam misi mencari seorang lagi juruterbang dan pesawat pejuang Sukhoi SU-30 MK2 manakala seorang lagi juruterbang berjaya diselamatkan semalam. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa