Friday, 17 June 2016
ANGIN PERUBAHAN MAKIN KETARA
Baik di Sungai Besar mahu pun Kuala Kangsar, angin perubahan yang memungkinkan calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan mampu mencipta kemenangan, kelihatannya semakin ketara.
Dalam tinjauan singkat ke Sungai Besar pagi tadi, beberapa penduduk yang ditemui nampaknya memberi respon yang cukup baik kepada calon Amanah, Azhar Abd Shukur.
Malah ada pihak yang membuat tinjauan umum secara khusus mengenai trend pengundi turut memberitahu bahawa arus menolak UMNO dan BN yang dikaitkan dengan Najib juga menunjukkan perkembangan sangat positif.
Selain Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin juga berada di Sungai Besar hari ini. Tun Mahathir seperti biasa menghadiri beberapa program bersama pengundi, manakala Muhyiddin meninjau-ninjau di sekitar pasar dan pasar tani.
Walaupun Muhyiddin dikatakan bergerak sendiri, tetapi kalau bukan calon Amanah yang disokongnya, siapa lagi?
Lagi pun lawatannya itu diiringi oleh Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM yang sudah pun mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon Amanah sebelum ini.
Di Kuala Kangsar, melalui maklumat yang diterima juga memaklumkan keadaan yang hampir serupa. Malah maklumat lain mengatakan, peluang untuk Amanah di Kuala Kangsar lebih baik berbanding di Sungai Besar.
Diharapkan momentum ini akan kekal atau terus bertambah baik sehingga ke hari pengundian hari esok. Teruskan bekerja dan memantau apa-apa yang perlu, tetapi jangan lupa bahawa "kepala Agong" di pihak BN mungkin mula bermaharajalela pada malam ini.
Momentum dan sokongan boleh saja berubah bila-bila masa. (SH 17/06/2016). - sumber
ANGIN PERUBAHAN MAKIN KETARA
Baik di Sungai Besar mahu pun Kuala Kangsar, angin perubahan yang memungkinkan calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan mampu mencipta kemenangan, kelihatannya semakin ketara.
Dalam tinjauan singkat ke Sungai Besar pagi tadi, beberapa penduduk yang ditemui nampaknya memberi respon yang cukup baik kepada calon Amanah, Azhar Abd Shukur.
Malah ada pihak yang membuat tinjauan umum secara khusus mengenai trend pengundi turut memberitahu bahawa arus menolak UMNO dan BN yang dikaitkan dengan Najib juga menunjukkan perkembangan sangat positif.
Walaupun Muhyiddin dikatakan bergerak sendiri, tetapi kalau bukan calon Amanah yang disokongnya, siapa lagi?
Lagi pun lawatannya itu diiringi oleh Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM yang sudah pun mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon Amanah sebelum ini.
Di Kuala Kangsar, melalui maklumat yang diterima juga memaklumkan keadaan yang hampir serupa. Malah maklumat lain mengatakan, peluang untuk Amanah di Kuala Kangsar lebih baik berbanding di Sungai Besar.
Diharapkan momentum ini akan kekal atau terus bertambah baik sehingga ke hari pengundian hari esok. Teruskan bekerja dan memantau apa-apa yang perlu, tetapi jangan lupa bahawa "kepala Agong" di pihak BN mungkin mula bermaharajalela pada malam ini.
Momentum dan sokongan boleh saja berubah bila-bila masa. (SH 17/06/2016). - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa