Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 17, 2016

Di zaman ini Syaitan senang bersarang di mana-mana saja!

Ahli Parlimen BN didakwa beli tanah bawah harga pasaran

  | June 16, 2016
Tanah itu dijual pada harga RM397,683.02 pada 2004 berbanding RM76,499 ketika dibeli pada 2002.
Lee-Chean-Chung-847x477
SUNGAI BESAR: Seorang ahli Parlimen BN didakwa membeli sebidang tanah di bawah harga pasaran dan menjualnya kepada pembeli bukan bumiputera.
Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung mendakwa tanah milik syarikat swasta itu dijual kepada pembeli pada harga RM76,499 sedangkan anggaran nilai tanah pada 2002 jika merujuk kepada notis taksiran pejabat duti setem adalah RM213,000.
Beliau mendakwa wakil rakyat BN itu kemudiannya menjual tanah berkenaan kepada seorang pembeli berbangsa Cina dengan harga RM397,683.02 pada 2004.
“Keuntungan yang diraih melalui urusan jual beli itu adalah RM321,184.02. Tanah tersebut telah dijual dengan harga lima kali ganda lebih tinggi,” katanya dalam sidang media di pejabat PKR Sungai Besar hari ini.
Chean Chung mendakwa ketika membeli tanah seluas 141,071.67 kaki persegi itu pada 2002, ahli Parlimen BN itu memegang jawatan dalam sebuah kerajaan negeri.
“Ternyata beliau membeli tanah tersebut dengan harga lebih rendah dan mempunyai konflik kepentingan dalam jual beli tanah ini,” jelasnya.
FMT sedang berusaha menghubungi ahli Parlimen berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua bagaimanapun berkata, kes Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang di bawah harga pasaran tidak sama dengan kes ahli Parlimen BN itu.
“Status tanah itu menarik perhatian saya, adakah ia tanah bumiputera atau tidak?
“Hal ini kerana nilai tanah untuk bumiputera lebih murah daripada harga tanah biasa. Jika ia dijual kepada bukan bumiputera, nilai tanah itu akan melonjak,” katanya.
Banglo berkeluasan 10,161 kaki persegi dibeli ketua menteri Pulau Pinang itu pada harga RM2.8 juta sedangkan kebanyakan rumah di sekitar kawasan itu dengan keluasan 3,000 hingga 6,000 kaki persegi ditawarkan pada harga RM1.6 juta hingga lebih RM5.6 juta.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa